30 Januari 2010

Novel Ketika Cinta Bertasbih hasil karya Habiburrahman El Shirazy ..




Novel Ketika Cinta Bertasbih merupakan hasil karya novelis terkenal Indonesia iaitu Habiburrahman El Shirazy .. Ayat-Ayat Cinta, Di Atas Sejadah Cinta serta novel-novel lain merupakan antara karya hebat daripada beliau .. Saya belum sempat nak baca novel Ketika Cinta Bertasbih sepenuhnya kerana sekarang terlalu busy dengan homework .. Hahaha,, ayat mesti nak tunjuk macam benar-benar rajin saja .. Terover bajet nampak,, hehe jangan marah yaww !! Insyaallah, jikalau tiada yang menghalang pasti saya akan membaca novel ini bagi mengetahui keindahan plot ceritanya .. Sedikit ilmu bahasa melayu telah ku curahkan dibelog ini,, hehe poyo saja lebih .. Apa yang pasti, lagu Ketika Cinta Bertasbih nyanyian Melly Goeslaw feat Amee memang best !! Jadi sudah tentulah novel yang menjadi bualan ramai iaitu Ketika Cinta Bertasbih juga merupakan suatu karya yang menarik dan hebat .. Credit buat mereka yang meminati novel seharusnya mengambil peluang untuk membacanya dan menghayati jalan cerita yang cuba disampaikan oleh novelis berkenaan .. Peace & Love always (:

p/s :: Turut disertakan, gambar Habiburrahman El Shirazy serta kulit buku 'Novel Ketika Cinta Bertasbih Part 1 & 2' ..

Lirik dan Muzik Video Ketika Cinta Bertasbih ..

Ketika Cinta Bertasbih – Melly Goeslaw feat Amee

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta



p/s :: Lagu ni perfect daripada segi vokal penyanyi yang mantap, melodi yang disusun indah & lirik lagu yang sangat puitis !! Sumpaa, lagu ni makan dalam siot (:

29 Januari 2010

Personaliti Si Aquarius (Jan 21 to Feb 20) ..

Personaliti mereka yang berbintang Aquarius (:
Zodiac Myspace Comments

28 Januari 2010

28 Januari 2010 yang sangat bermakna & tidak mungkin dapat dilupakan ..

Kenangan terindah sentiasa terpahat kukuh dihati & selalu dikenang oleh memori .. Merujuk entri belog seperi di atas, 28 Januari 2010 memberikan seribu satu detik-detik terindah yang sangat bermakna & tidak mungkin dapat dilupakan untuk selamanya .. Hati ini berasa sungguh gembira apabila semua rakan yang mengenali diri ini mengucapkan selamat hari jadi dengan disertakan ucapan, doa dan harapan yang baik-baik seperti semoga panjang umur dan sebagainya .. Lebih mengharukan apabila, Puan Fauziah (cikgu Prinsip Akaun) dan rakan sekelas 5Antah menyanyikan lagu 'Allah selamatkan kamu' khas buat saya dan member (Farizul Azrey) yang berkongsi tarikh lahir yang sama apabila sesi PNP bagi subjek berkenaan selesai untuk hari ini .. Terima kasih cikgu dan rakan2 sekalian kerana saya benar-benar merasakan diri ini sangat dihargai .. Kpd sahabat saya iaitu Nur Ashikin Raimi terima kasih kerana sudah berbaik hati belanja saya roti semasa rehat .. Story saya masih panjang lagi ni, teruskan membaca sambil menikmati muzik yang menceriakan hari-hari anda .. Peace & Love (: ..

Jom sambung bercerita sayang,, hahaha .. Gila shengal crazy mereng sekejap bersama saya dan kit kat.. Jutaan terima kasih buat Ustazah Hjh Badriyah yang telah memberikan saya cucuk sanggul yang sangat comel .. Saya akan menyimpan & menjaga pemberian ustazah itu dengan sebaik mungkin .. Terima kasih juga buat Puan Nor (teacher english) yang turut mengucapkan happy birthday .. Kepada semua sahabat kuh seperti Ckin, Suci, Qhaireen, Puyeen (adik angkat), Adib, Farizul dan lain-lain, terima kasih untuk ucapan selamat hari jadi dan juga hadiah yang diberikan .. Semuanya amat berharga buat diri ini & akan dikenang untuk selamanya .. Yang paling penting, persahabatan yang terjalin antara kita berkekalan sehingga akhir waktu .. Tidak lupa pada kenangan terindah & melucukan kerana dibaling tepung oleh kawan-kawan .. Terlalu banyak perkara yang menyeronokkan telah terjadi dalam kehidupan kuh pada 28 Januari 2010 ini .. Semuanya akan kekal dalam memori untuk dikenang sampai bila-bila .. Kepada para pembaca, terima kasih sebab sudi mengikuti perkembangan belog saya .. Peace & Love (: .. Hahahahaha,, alamak sudah terlebih gelak sebanyak 2harkat .. Huhu ..

p/s :: Credit for my mama & sister untuk present tas tangan, jam serta kek from 'Bakers Cottage' .. Tidak lupa pada cousins rapat Zetty & Nani, yang telah wish happy birthday & good luck 4 SPM 2010 serta menghadiahkan saya sepasang anting-anting yang cukup comel .. Pak Cu & Mak Cu,, thanks untuk duit RM10 & juga ucapan birthday buat Ana .. Mukadimah berakhir disini (:

Sweet 7teen on 28 JANUARY 2010 !!!

Happy Birthday Myspace Comments


Saya, Farhana Zainuddin berjanji segala kenangan terindah yang saya lalui semasa berusia 16tahun tidak akan pernah dilupakan dan sudah pasti ia menjadi satu memori yang terpahat kukuh dihati untuk dikenang buat selamanya .. Sudah menjadi lumrah sebuah kehidupan, tahun berganti tahun usia kita akan meningkat .. Jadi, ia membawa suatu erti bahawa diri ini harus sentiasa berfikiran positif serta matang dan yang paling utama kematian semakin menghampiri kita .. Bunyinya amat mengerunkan, tapi inilah sebuah realiti yang pasti ditempuhi oleh jutaan makhluk ciptaan ALLAH s.w.t yang hidup di muka bumi ini .. So, what can i say anymore ?? Just good bye 16 & welcome 17 with the new hopes and success ..

13 SAFAR 1431, KHAMIS, THURSDAY, 28 JANUARI 2010 (:

ALLAH selamatkan saya ...
ALLAH selamatkan saya ...
ALLAH selamatkan NORHIDAYAH FARHANA ZAINUDDIN ...
ALLAH selamatkan saya ...

Happy birthday to me ...
Happy birthday to me ...
Happy birthday to NORHIDAYAH FARHANA ZAINUDDIN ...
Happy birthday to me ...

Hahaha,, seperti biasa gelak sebanyak 3harkat .. Gelak lebih,, takut mulut tak dapat nak tutup nanti .. Hahaha,, ini pesanan khas daripada pihak penaja .. Jangan marah yaww !! Nanti cepat tua yaww !! Sebut pasal tua, saya sedar yang diri ini bukan lagi kanak2 seperti dulu .. Semalam saya masih berumur 16tahun, tapi hari ini angka itu sudah bertambah setahun jadi jawapan nyee sekarang saya sudah berumur 17tahun !! Hahaha,, diri ini bukan lagi seorang kanak-kanak tapi remaja pertengahan maybe jugak remaja akhir .. So, happy birthday to me .. Semoga saya dipanjangkan umur, selalu dimurahkan rezeki yang semestinya halal 100% & mencapai kejayaan yang cemerlang didunia serta akhirat !! Never forget for da SPM 2010, please wish me luck okey readers !! Hahaha,, again & again happy birthday to me !! Pengumuman khas, sekarang saya 17 tahun okey !! Peace & Love (:

25 Januari 2010

Kerana Merentas Desa Pada 23 Januari ..

Sebelum memulakan apa-apa bicara, mari kita sama-sama gelak sebanyak 3 harkat 'hahaha' .. Terlebih gelak sampai x boleh nak tutup mulut .. Ini pesanan istimewa daripada cikgu akaun saya yang kegirangan iaitu Puan Fauziah Shariff .. Terima kasih cikgu,, pesanan ini akan diingati selalu .. Hahahahaha,, alamak gelak sudah terlebih dua harkat lorh .. Sudaa jangan merepek lagi, jom baca kisah seperti entri belog di atas ..

23 JANUARI 2010 ..

Tahun 2010, saya berada di tingkatan 5 dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah Seremban (SmkTAD) ataupun dalam erti kata lain saya sudaa menuntut ilmu selama 5 tahun dekat sekolah berkenaan .. Jikalau, x sambung form 6 selepas tamat SPM makne nyee tahun 2010 adalah tahun terakhir saya berada di sekolah yang namanya diambil sempena nama bonda Yang diPertuan Besar N9 iaitu Tunku Munawir ..

Oleh hal yang sedemikian, saya pun menggatal nak melibatkan diri dalam aktiviti merentas desa .. Konon nye, ini kemungkinan tahun terakhir berada di STAD jadi mestilah join segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah .. Hahaha,, ayat bajet punye bagus .. Akibat nyee, seluruh anggota badan lenguh2 serta sakit2 & saya tidak dapat hadir ke sekolah untuk 1 hari sebab saya terlampau teruja nak merentas desa demi sekolah, bangsa dan negara .. Hahaha .. Sekian terima kasih daun keladi, lain kali buat lagi .. X reti serik betol budak ni, hahaha (:

p/s :: Penulis belog memohon maaf kerana struktur ayat yang digunakan ter'poyo' sedikit .. hehe (:

22 Januari 2010

Lirik lagu 'Suara Rindu' nyanyian Azad Jazmin dibelog saya (:

Suara Rindu by Azad Jazmin (OST Cinta Balqis)

Suatu yang indah
Ceritanya bermula semalam
Andainya dapat ku rasa selamanya

Tetapi ku takut tidak mungkin dapat ku miliki
Walaupun kau hadir hanya dalam mimpi

Ku teruskan hidup
Hari demi hari pun berlalu
Seksa dan derita ku tanggung sendiri

Apa yang tinggal hanyalah
Doaku padamu Tuhan
Pasrahku hanya kamu yang menentukan

Chorus
Pun tak pernah ku sesalkan
Kecewa datang dan pergi
Tinggalku sendiri
Ditakdirkan aku syukur selalu
Sesungguhnya aku tahu
Temanku hanyalah aku

Semoga suatu hari nanti
Dapat ku temui
Penawar dukaku yang berdarah luka
Pabila bertemu pasti aku suarakan rindu
Laguku untukmu buat selamanya



p/s :: Lagu ni perfect daripada segi vokal penyanyi yang mantap, melodi yang disusun indah & lirik lagu yang sangat puitis !! Sumpaa, lagu ni makan dalam siot (:

19 Januari 2010

Tamat sudah drama 'Cinta Balqis' di TV3 ..

Hai hai,, everybody especially mereka yang menjadi peminat fanatik drama 'Cinta Balqis' dekat TV3 sudah sedia maklum bahawa drama favorite mereka itu telah tamat semalam .. Haha,, peminat itu termasuklah saya .. Pada hakikatnya, saya memang meminati drama tersebut tapi tidaklah sampai menjadi terlampau fanatik .. Hehe,, please please please kamu jangan cepat marah apabila mendengar omongan saya tadi ..

Tidak perlu story panjang lebar, secara kesimpulanya story link drama tersebut sangat bagus .. Tahniah buat semua yang telah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung bagi menjayakan drama Cinta Balqis .. Haha,, ayat bajet bagus like tuan director bagi drama ni .. Btw,, melalui drama ni banyak pengajaran berguna yang boleh didapati dan ia memberi satu pengalaman yang bernilai buat para penonton setia drama ini .. Akhir kata, cinta sejati selalunya berada di depan mata .. Cuma, sebagai manusia biasa kita seringkali terlepas pandang .. Jadi jangan sesekali mempersiakan cinta sejati itu yang sudah tentu merupakan cinta suci anugerah daripada yang maha esa .. Sekian terima kasih (:

Credit for Hassan, Balqis, Ezany @ Emran, Mak Biah serta yang lain-lain .. Haha,, saya mengaku yang ayat ni bunyi nyee teramat poyo tahap A-level :p ..

p/s :: Terima kasih kerana sudi melawati belog rasmi saya (:

18 Januari 2010

Allah selamatkan Mohammad Ariff Che Mamat (apoy) .. Happy birthday sahabat (:



Happy birthday to you ..
Happy birthday to you ..
Happy birthday happy birthday ..
Happy birthday to you my friend ..

Allah selamatkan kamu ..
Allah selamatkan kamu ..
Allah selamatkan Mohammad Ariff Che Mamat ..
Allah selamatkan kamu ..

p/s :: Ini ariff or apoy .. Sahabat baik aquh semenjak F1 .. Dulu dye study dekat sekolah yang sama ngan aquh iaitu di SmkTAD Seremban, N9 .. Sekarang dye bersekolah di Smk Taman Semarak Nilai, N9 semenjak dari pertengahan tahun F2 .. Walaupun, jarak menjadi pemisah antara kami .. Tapi hubungan persahabatan yang sudah lama terjalin itu tidak akan pernah putus .. Semoga dye dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki selalu & mencapai kejayaan yang cemerlang pada masa depan !! Harap2, semalam kami kawan .. Hari ini dan esok juga masih kawan .. Sehingga selama nyee, kami tetap kawan friend sahabat member .. Insyaallah, amin .. Apoy, thank you very much for the friendship .. Ya allah, dengan keizinan daripada mu kami masih lagi bersahabat ..

Keputusan Final Exam F4 (2009) ..

Keputusan Final Exam F4 (2009) ..

Bahasa Melayu : 67 (B4)
Bahasa Inggeris : 59 (C6)
Mathematic Modern : 34 (E8)
Science : 54 (C6)
Sejarah : 40 (D7)
Add. Math : 12 (G9)
Ekonomi Asas : 50 (C6)
Prinsip Akaun : 17 (G9)

Jumlah : 536/900
Peratus : 48.73%
Kedudukan dlm kelas : 18/32
Kedudukan dlm tingkatan : 90/255

Ulasan guru tingkatan (Puan Atikah Shuib) :Tingkatkan usaha terutama dalam subjek yang gagal ..

p/s :: Semoga perkara ini dapat menjadi satu pengajaran yang berguna buat diri saya .. Supaya saya tidak terus leka bermain dan lebih fokus pd study al-maklumlah thun depan dah nak ambil SPM jadi saya perlu meningkatkan usaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang pada masa hadapan .. Insyaallah, amin (:

16 Januari 2010

Lirik lagu pertama dibelog saya (:

Menyesal by Ressa Herlambang (OST Tasbih Cinta)

Semula ku tak yakin
Kau lakukan ini padaku
Meski dihati merasa
Kau berubah saat kau mengenal dia

Reff:*
Bila cinta tak lagi untukku
Bila hati tak lagi padaku
Mengapa harus dia yang merebut dirimu

**
Bila aku tak baik untukmu
Dan bila dia bahagia dirimu
Aku kan pergi meski hati tak akan rela

Terkadang ku menyesal
Mengapa ku kenalkan dia padamu

Back to Reff:* dan **

Back to Reff:* dan **

Terkadang ku menyesal
Mengapa ku kenalkan dia padamu



p/s :: Lagu ni perfect daripada segi vokal penyanyi yang mantap, melodi yang disusun indah & lirik lagu yang sangat puitis !! Sumpaa, lagu ni makan dalam siot (:

Mengenali diri saya sebagai blogger baru (:



Assalamualaikum .. Annyeonghaseyo .. Sawadee kap & hola para pembaca sekalian .. Selamat mengunjungi belog rasmi milik saya .. Okay readers, saya mahu berkongsi seberapa banyak mungkin info mengenai diri saya sebagai blogger baru seperti dibawah ::

♥Nama saya Norhidayah Farhana binti Zainuddin♥

♥Just call me Hana, Dayah or Kecik :p♥

♥Saya lahir pada 28 Januari 1993 di Hospital Besar Seremban (HTJS)♥

♥Sangat suka mendengar muzik bagi merehatkan minda ^_^♥

♥Favorite :: Blogging, membaca buku, melancong, ketawa & senyum sokmo♥

♥Setiap kali bukak facebook, akan leka bermain di farmville :D♥

♥Warna kegemaran saya :: Merah, hitam, putih, pink, baby blue & purple ;)♥

Mereka kesayangan saya♥ ::

Ibu terhebad (Puan Maznah binti Sies)

Ayah penyayang (Encik Zainuddin bin Mohd Zain)

Kakak terbaik (Noormazalina binti Zainuddin)

Abg Wan, Bro Feruz, Bro Apit, Zetty & Nani (cousins tersempoii)

Rakan-rakan teristimewa yang sentiasa bersama saya time susah & senang

Thanks for everything !! I LOVE YOU !!