07 Mei 2010

April telahpun melabuhkan tirainya, kini May muncul pula dengan 1001 sinar baru ...

Assalamualaikum dan salam ceria buat para pengunjung blog Hana .. Masa yang terlampau suntuk dan atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, Hana tidak berpeluang untuk meng'update blog kesayangan ini .. Just nak inform dekat you all yang sudi mengunjungi belog ini, bahawa bulan April telahpun melabuhkan tirainya kini May muncul pula dengan 1001 sinar baru ... Semoga kehidupan yang kita lalui sepanjang bulan May ini dan seterusnya diberkati oleh yang maha esa .. MAY 2010 bermula dengan satu siri percutian yang hebat bersama keluarga tercinta di Pulau Langkawi, permata Negeri Kedah .. Pulau Langkawi, sememangnya menjadi destinasi wajib untuk dikunjungi setiap tahun bersama keluarga kerana mempunyai pakej lengkap iaitu boleh shopping sakan serta pada masa yang sama dapat menyaksikan permandangan yang tersangat indah anugerah ciptaan tuhan .. Kisah tentang percutianku bersama keluarga di Pulau Langkawi dan juga gambar2 kenangan akan d'update dalam blog ini pada post entri yang akan datang .. Btw,, bulan May merupakan bulan peperiksaan sebelum midyear school holidays bermula .. So, tiada pilihan melainkan berusaha dengan tekun serta melakukan yang terbaik bagi memperolehi keputusan yang cemerlang dalam exam pertengahan tahun niii ..