28 Januari 2010

28 Januari 2010 yang sangat bermakna & tidak mungkin dapat dilupakan ..

Kenangan terindah sentiasa terpahat kukuh dihati & selalu dikenang oleh memori .. Merujuk entri belog seperi di atas, 28 Januari 2010 memberikan seribu satu detik-detik terindah yang sangat bermakna & tidak mungkin dapat dilupakan untuk selamanya .. Hati ini berasa sungguh gembira apabila semua rakan yang mengenali diri ini mengucapkan selamat hari jadi dengan disertakan ucapan, doa dan harapan yang baik-baik seperti semoga panjang umur dan sebagainya .. Lebih mengharukan apabila, Puan Fauziah (cikgu Prinsip Akaun) dan rakan sekelas 5Antah menyanyikan lagu 'Allah selamatkan kamu' khas buat saya dan member (Farizul Azrey) yang berkongsi tarikh lahir yang sama apabila sesi PNP bagi subjek berkenaan selesai untuk hari ini .. Terima kasih cikgu dan rakan2 sekalian kerana saya benar-benar merasakan diri ini sangat dihargai .. Kpd sahabat saya iaitu Nur Ashikin Raimi terima kasih kerana sudah berbaik hati belanja saya roti semasa rehat .. Story saya masih panjang lagi ni, teruskan membaca sambil menikmati muzik yang menceriakan hari-hari anda .. Peace & Love (: ..

Jom sambung bercerita sayang,, hahaha .. Gila shengal crazy mereng sekejap bersama saya dan kit kat.. Jutaan terima kasih buat Ustazah Hjh Badriyah yang telah memberikan saya cucuk sanggul yang sangat comel .. Saya akan menyimpan & menjaga pemberian ustazah itu dengan sebaik mungkin .. Terima kasih juga buat Puan Nor (teacher english) yang turut mengucapkan happy birthday .. Kepada semua sahabat kuh seperti Ckin, Suci, Qhaireen, Puyeen (adik angkat), Adib, Farizul dan lain-lain, terima kasih untuk ucapan selamat hari jadi dan juga hadiah yang diberikan .. Semuanya amat berharga buat diri ini & akan dikenang untuk selamanya .. Yang paling penting, persahabatan yang terjalin antara kita berkekalan sehingga akhir waktu .. Tidak lupa pada kenangan terindah & melucukan kerana dibaling tepung oleh kawan-kawan .. Terlalu banyak perkara yang menyeronokkan telah terjadi dalam kehidupan kuh pada 28 Januari 2010 ini .. Semuanya akan kekal dalam memori untuk dikenang sampai bila-bila .. Kepada para pembaca, terima kasih sebab sudi mengikuti perkembangan belog saya .. Peace & Love (: .. Hahahahaha,, alamak sudah terlebih gelak sebanyak 2harkat .. Huhu ..

p/s :: Credit for my mama & sister untuk present tas tangan, jam serta kek from 'Bakers Cottage' .. Tidak lupa pada cousins rapat Zetty & Nani, yang telah wish happy birthday & good luck 4 SPM 2010 serta menghadiahkan saya sepasang anting-anting yang cukup comel .. Pak Cu & Mak Cu,, thanks untuk duit RM10 & juga ucapan birthday buat Ana .. Mukadimah berakhir disini (:

Tiada ulasan: