25 Februari 2010

Sekadar Nasihat Untuk Kaum Hawa ...

1. Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
2. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
3. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
4. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
5. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
6. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah selalu bahawa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.
7. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.
8. Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
9. Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
10. Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

p/s :: Sumber entri belog pada kali ini datangnya daripada laman http://www.tentangcinta.com/

24 Februari 2010

Tentang Cameron & Exam Bulan Mac ...

Cameron,, please wait for me !! I'm coming soon darlink !! Hahaha,, family aku plan hendak pergi bercuti ke Cameron Highland pada hujung minggu ini yang juga merupakan cuti umum sempena Hari Maulidur Rasul s.a.w. Next week pula, Peperiksaan Bulan Mac akan dijalankan bermula 01/03/2010 sehingga 10/03/2010 .. Dengar khabar, format SPM yang sebenar kemungkinan besar akan digunakan untuk exam pada kali ini .. Hanya tuhan yang maha mengetahui situasi sebenar yang sedang hebat melanda hati, diri dan fikiranku ini yang sangat nervous saat memikirkan tentang exam .. Secara jujurnya, aku belum ready 100% untuk menghadapi peperiksaan ini .. Tetapi, aku akan berusaha dengan sebaik mungkin bagi memperolehi keputusan yang cemerlang & mencapai target seperti yang ditetapkan .. InsyaAllah,, amin ..

p/s :: Semoga percutian ini memberi satu ketenangan buat diri aku & meninggalkan 1001 kenangan manis yang tak bisa untuk dilupakan .. Harap2, ia akan menambahkan keyakinan & semangat aku untuk menduduki exam bulan Mac ini ..

20 Februari 2010

Countdown SPM 2010 ... Penentu Masa Depan Yang Cemerlang, Gemilang & Terbilang !!!

Dah lama x update belog, kali ini kita akan bercakap mengenai Tarikh bersejarah yang dinantikan dengan penuh debaran oleh semua calon yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2010 adalah seperti berikut

22 NOVEMBER 2010 sehingga 16 DECEMBER 2010 (Ujian Bertulis)


p/s :: Semoga aku & rakan2 yang akan menduduki SPM pada penghujung tahun 2010 ini akan sukses dengan cemerlang !! SPM merupakan langkah pertama yang akan menjadi penentu masa depan kita yang cemerlang, gemilang & terbilang !! Aku berhasrat ingin mencapai keputusan yang hebat dalam peperiksaan ini kerana ia akan menentukan level kita yang sebenar pada masa hadapan.. Buat kedua ibubapa aku, para pendidik, ahli keluarga serta rakan2,, sudah pasti result aku yang cemerlang menjadi satu hadiah yang paling bermakna dan tidak ternilai buat mereka .. InsyaAllah, amin .. Peace & Love ;)

10 Februari 2010

Perlantikan Pengawas PSS ..

Tarikh :: 8 Februari 2010
Hari :: Isnin @ Monday
Masa :: Perhimpunan rasmi pagi Isnin
Tempat :: Dewan Besar SmkTAD

Berdasarkan entri belog pada kali ini disertakan dengan beberapa maklumat penting seperti di atas,, satu acara perlantikan pengawas pusat sumber sekolah (PSS) bahagian perpustakaan dan juga makmal ict telah diadakan .. Selepas sebulan menjalankan tugas, pihak sekolah telah menlantik saya @ aku serta rakan2 yang lain sebagai pengawas pss secara rasminya .. Pada majlis serba ringkas itu, kami menerima sekeping sijil perlantikan serta tag nama .. Puan Saripah Mohd Nor, guru penolong kanan akademik merangkap guru pendidikan sivik kelas aku telah menyampaikan penghargaan tersebut .. Berdegup degap rasa hati apabila naik stage, maklumlah ini merupakan kali yang pertama aku menapakkan kaki di atas stage dekat dewan besar sepanjang 5 tahun aku bersekolah di STAD .. Tetapi, aku bersyukur kerana segalanya telah berjalan dengan lancar walaupun sungguh jelas aku kelihatan sangat gementar ketika itu .. Sampaikan aku secara tidak sengaja terlanggar rakan sekelas aku 'Mira' yang pada ketika itu merupakan pengawas bertugas menyerahkan sijil dan juga tag nama .. Huhu, tiba-tiba aku berasa sangat malu apabila mengenang kejadian itu kembali .. Seperti biasa jom kita gelak sebanyak 3harkat 'HAHAHA' .. Mira,, tolong maafkan aku kerana terlanggar kau ketika di atas pentas tempoh hari .. Aku tak sengaja babe,, jangan marah yaww !! Peace & Love untuk kebahagiaan bersama (:

p/s :: Sukantara terakhir aku di sekolah menengah telah berlangsung sepanjang minggu ini .. Majlis Persaraan Puan Saripah Daim (cikgu saripah mengajar aku subjek Geografi time form2,, sekarang aku dah form5) akan diadakan pada hari Khamis bertarikh 11 Februari 2010 .. Terima kasih cikgu kerana telah bersusah payah mendidik saya dan rakan2 yang lain untuk menjadi pelajar yang terbaik serta mendapat result yang cemerlang dalam subjek Geografi .. Terima kasih Puan Saripah Daim ..

08 Februari 2010

I Love You Sista Sayang,, Happy Birthday (:




Are you ready guys ??? 1 .. 2 .. 3 ..

ALLAH selamatkan kamu ...
ALLAH selamatkan kamu ...
ALLAH selamatkan NOORMAZALINA ZAINUDDIN ...
ALLAH selamatkan kamu ...

Happy birthday to you ...
Happy birthday to you ...
Happy birthday to NOORMAZALINA ZAINUDDIN ...
Happy birthday to you ...

Pada 7 Februari 2010,, genaplah usia kakak kesayangan ku yang ke-28 tahun .. Semoga usia kakak saya dilanjutkan oleh ALLAH s.w.t, sentiasa dilimpahi dengan rezeki yang sure halal 100%, mendapat keberkatan hidup didunia dan akhirat serta bertemu dengan jodoh yang terbaik secepat mungkin.. Insyaallah,, amin .. Harap-harap segala impian kakak saya menjadi kenyataan suatu masa nanti .. I love you sista sayang,, happy birthday .. Cepat-cepat cari pakwe dan mendirikan rumah tangga yaww !! Hahaha,, jangan marah my sista darling .. Peace & Love (:

Happy Birthday Myspace Comments


Happy Birthday Myspace Comments

04 Februari 2010

Pak Ngah Sahak kembali ke rahmatullah .. Al-fatihah,, semoga roh arwah dicucuri rahmat ..

Sudah menjadi lumrah kehidupan setiap makhluk Allah s.w.t yang hidup di dunia ini pasti akan pergi meninggalkan dunia apabila sampai pada waktunya .. Pada malam 3 Februari 2010, arwah Pak Ngah Sahak telah kembali ke rahmatullah selepas dua hari koma setelah menjalani pembedahan pintasan jantung .. Seperti yang dijanjikan oleh Allah s.w.t kepada setiap hambaNya, tidak akan tercepat mahupun terlewat barang satu detik apabila sudah sampai waktu pasti kita akan kembali menemuiNya .. Semoga roh arwah Pak Ngah saya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang soleh serta solehah .. Al-fatihah dan takziah buat Mak Ngah sekeluarga, semoga mereka tabah menghadapi dugaan yang datang daripadaNya ini .. Pasti ada hikmah yang tersembunyi disebalik kejadian ini dan sebagai hambaNya kita harus redha dengan segala ketentuan olehNya ..

03 Februari 2010

Berlalu sudah bulan Januari,, kini Februari membuka tirainya ...

Terlalu awal rasanya masa itu berlalu sehingga kita tidak sedar bahawa bulan Januari sudahpun melabuhkan tirai .. Seperti baru semalam sahaja kita menyambut kedatangan tahun baru 2010 .. Masa beredar dengan begitu cepat tanpa kita sedari .. Masa ini ibarat emas,, ia terlampau berharga dan sebagai manusia kita perlu menghargai masa dengan sebaik mungkin supaya segala azam yang telah ditetapkan ketika bermulanya tahun 2010 dapat direalisasi agar menjadi satu kenyataan .. Pelbagai kenangan manis telah saya lalui sepanjang kehidupan dibulan Januari tahun 2010 ini dan sudah semestinya segala kenangan itu akan terus terpahat dimemori .. Sekadar mahu cakap good bye Januari dan hello Februari, dengan harapan ia dapat meningkatkan semangat kita untuk merealisasikan segala impian dibulan Januari yang masih belum menjadi kenyataan ..

p/s :: Kucing kesayangan saya 'Wulan' telah beranak pada 1 Februari 2010 jam 1.30 pagi dan mendapat 4 ekor anak kucing (3 ekor berwarna putih & 1 ekor berwarna hitam) .. Sekian, harap maklum (:

01 Februari 2010

Seronok Belajar English Hari Ini,, YeeeZaaa (:

Lirik Lagu WORDS nyanyian Kumpulan BOYZONE ...

smile an ever lasting smile
a smile can bring you near to me
don't ever let me find you gone
'cause that would bring a tear to me
this world has lost its glory
let's start a brand new story
now my love
you think that I don't even mean
a single word I say

it's only words
and words are all I have
to take your heart away

talk in ever lasting words
and dedicate them all to me
and I will give you all my life
i'm here if you should call to me
you think that I don't even mean
a single word I say

it's only words
and words are all I have
to take your heart away

it's only words
and words are all I have
to take your heart away

da da da da da da da
da da da da da da da da da da
da da da da da da da
da da da da da da da da da da

this world has lost its glory
let's start a brand new story
now my love
you think that I don't even mean
a single word I say

it's only words
and words are all I have
to take your heart away

it's only words
and words are all I have
to take your heart away

it's only words
and words are all I have
to take your heart away


Alkisah berdasarkan entri belog pada kali ini ::-

Seronok belajar english hari ini sebab sebelum study pasal directed writting untuk tajuk bullying,, semua pelajar kelas 5Antah dikehendaki menyanyi & menghayati lagu WORDS nyanyian Kumpulan BOYZONE dengan maksudnya sekali .. Mengulas kata Puan Nor (cikgu english), setiap perkara yang kita ucapkan banyak mempengaruhi situasi harian kehidupan kita .. Sebagai manusia yang telah dikurniakan oleh ALLAH s.w.t dengan akal fikiran yang sihat, kita seharusnya berfikir secara positif terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kata-kata .. Bak kata pepatah melayu, kerana mulut badan binasa .. Tidak mahu komen panjang soal ini, walau bagaimanapun saya yakin semua pembaca boleh berfikir dengan sebaiknya sebelum membuat sesuatu keputusan yang bakal mempengaruhi kehidupan kita .. Btw,, thanks again Puan Nor kerana pembelajaran untuk subjek english hari ini sangat menarik .. Semoga pada lain masa, kita masih berpeluang untuk menyanyi lagu2 english dimana tujuan utamanya bagi membetulkan sebutan para pelajar dalam english .. Arahan daripada Tuan Pengetua SmkTAD untuk meningkatkan pretasi para pelajar dalam subjek english & ia pasti membawa kebaikkan untuk setiap pelajar di sekolah ini .. Sesungguhnya, cara ini sangat menarik & pasti berkesan kerana dengan menyanyi lagu english kita bukan sahaja dapat menghayati lirik, membetulkan sebutan malah menghilangkan stress selepas penat belajar .. Ahhahaha,, berakhir sudah ceritera ini kerana saya perlu menyiapkan banyak homework antaranya directed writting about bullying & homework yang lain .. Akan bertemu pada belog post yang lain,, semoga anda semua enjoy mengunjungi belog saya ini dengan setiap kisah terbaru .. Mohon maaf jika terdapat kesalahan daripada segi penggunaan bahasa dalam penulisan saya ini .. Have an amazing life yeah readers .. Peace & Love (: