Terlalu awal rasanya masa itu berlalu sehingga kita tidak sedar bahawa bulan Januari sudahpun melabuhkan tirai .. Seperti baru semalam sahaja kita menyambut kedatangan tahun baru 2010 .. Masa beredar dengan begitu cepat tanpa kita sedari .. Masa ini ibarat emas,, ia terlampau berharga dan sebagai manusia kita perlu menghargai masa dengan sebaik mungkin supaya segala azam yang telah ditetapkan ketika bermulanya tahun 2010 dapat direalisasi agar menjadi satu kenyataan .. Pelbagai kenangan manis telah saya lalui sepanjang kehidupan dibulan Januari tahun 2010 ini dan sudah semestinya segala kenangan itu akan terus terpahat dimemori .. Sekadar mahu cakap good bye Januari dan hello Februari, dengan harapan ia dapat meningkatkan semangat kita untuk merealisasikan segala impian dibulan Januari yang masih belum menjadi kenyataan ..
p/s :: Kucing kesayangan saya 'Wulan' telah beranak pada 1 Februari 2010 jam 1.30 pagi dan mendapat 4 ekor anak kucing (3 ekor berwarna putih & 1 ekor berwarna hitam) .. Sekian, harap maklum (:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan