04 Februari 2010

Pak Ngah Sahak kembali ke rahmatullah .. Al-fatihah,, semoga roh arwah dicucuri rahmat ..

Sudah menjadi lumrah kehidupan setiap makhluk Allah s.w.t yang hidup di dunia ini pasti akan pergi meninggalkan dunia apabila sampai pada waktunya .. Pada malam 3 Februari 2010, arwah Pak Ngah Sahak telah kembali ke rahmatullah selepas dua hari koma setelah menjalani pembedahan pintasan jantung .. Seperti yang dijanjikan oleh Allah s.w.t kepada setiap hambaNya, tidak akan tercepat mahupun terlewat barang satu detik apabila sudah sampai waktu pasti kita akan kembali menemuiNya .. Semoga roh arwah Pak Ngah saya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang soleh serta solehah .. Al-fatihah dan takziah buat Mak Ngah sekeluarga, semoga mereka tabah menghadapi dugaan yang datang daripadaNya ini .. Pasti ada hikmah yang tersembunyi disebalik kejadian ini dan sebagai hambaNya kita harus redha dengan segala ketentuan olehNya ..

Tiada ulasan: