10 Februari 2010

Perlantikan Pengawas PSS ..

Tarikh :: 8 Februari 2010
Hari :: Isnin @ Monday
Masa :: Perhimpunan rasmi pagi Isnin
Tempat :: Dewan Besar SmkTAD

Berdasarkan entri belog pada kali ini disertakan dengan beberapa maklumat penting seperti di atas,, satu acara perlantikan pengawas pusat sumber sekolah (PSS) bahagian perpustakaan dan juga makmal ict telah diadakan .. Selepas sebulan menjalankan tugas, pihak sekolah telah menlantik saya @ aku serta rakan2 yang lain sebagai pengawas pss secara rasminya .. Pada majlis serba ringkas itu, kami menerima sekeping sijil perlantikan serta tag nama .. Puan Saripah Mohd Nor, guru penolong kanan akademik merangkap guru pendidikan sivik kelas aku telah menyampaikan penghargaan tersebut .. Berdegup degap rasa hati apabila naik stage, maklumlah ini merupakan kali yang pertama aku menapakkan kaki di atas stage dekat dewan besar sepanjang 5 tahun aku bersekolah di STAD .. Tetapi, aku bersyukur kerana segalanya telah berjalan dengan lancar walaupun sungguh jelas aku kelihatan sangat gementar ketika itu .. Sampaikan aku secara tidak sengaja terlanggar rakan sekelas aku 'Mira' yang pada ketika itu merupakan pengawas bertugas menyerahkan sijil dan juga tag nama .. Huhu, tiba-tiba aku berasa sangat malu apabila mengenang kejadian itu kembali .. Seperti biasa jom kita gelak sebanyak 3harkat 'HAHAHA' .. Mira,, tolong maafkan aku kerana terlanggar kau ketika di atas pentas tempoh hari .. Aku tak sengaja babe,, jangan marah yaww !! Peace & Love untuk kebahagiaan bersama (:

p/s :: Sukantara terakhir aku di sekolah menengah telah berlangsung sepanjang minggu ini .. Majlis Persaraan Puan Saripah Daim (cikgu saripah mengajar aku subjek Geografi time form2,, sekarang aku dah form5) akan diadakan pada hari Khamis bertarikh 11 Februari 2010 .. Terima kasih cikgu kerana telah bersusah payah mendidik saya dan rakan2 yang lain untuk menjadi pelajar yang terbaik serta mendapat result yang cemerlang dalam subjek Geografi .. Terima kasih Puan Saripah Daim ..

Tiada ulasan: