25 Februari 2012

share bersama :)




"... Letakkanlah cinta Allah kukuh dihati. Genggamlah cinta manusia hanya ditangan, kerana kelak andai terlepas, sakitnya tidak terasa dihati ..."

"Akan tiba saatnya di mana kita harus BERHENTI MENCINTAI SESEORANG, bukan kerana kita PUTUS ASA untuk mencintainya, tetapi kerana kita MENYEDARI bahawa ada insan lain yang lebih mencintainya, dan kita merasakan bahawa insan yang kita cintai itu akan LEBIH BAHAGIA apabila kita MELEPASKANNYA..."

Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan.. Semoga Dia menghadirkan seseseorang yang mengimpikanmu..

Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan.. Semoga Dia menghadirkan seseorang yang merindukanmu...

"CINTA itu adalah TANGGUNGJAWAB, ianya perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin, CINTA itu adalah FITRAH, setiap manusia memiliki fitrah untuk mencintai dan dicintai, tapi CINTA itu hendaklah dibina atas dasar KEIMANAN..."

"Mencintai tidak semestinya memiliki, Jika hanya ingin memiliki, itu BUKAN CINTA namanya..."

“Ubat rindu ialah Sunat Hajat, Ubat cinta ialah sunat Tahajjud, Ubat dosa ialah Sunat Taubat, Ubat penyakit ialah Selawat”.

p/s :: sumber daripada seindahcintaislam.blogspot.com

24 Februari 2012

Task Madam : Simulasi Video

Assalamualaikum && Olla to all readers n my beloved followers.. Semoga hari2 yang dilalui memekarkan senyuman indah dibibir kalian dan membawa makna dalam kehidupan kalian.. Post entri belog kesayangan hamba pd kali nii mengenai task atau assignment yg perlu disiapkan.. Task tersebut ialah 'Simulasi Video' yg ala-ala dokumentari tuhh.. Task nii utk subjek yg diajar oleh Madam Mas iaitu sbjek Tourist Guiding Techniques(HT310).. Simulasi video nii tugasan individu dan ofcoz markah yg diperuntukkan pun banyak.. Oleh kerana sbjek HT310 nii x ada final paper, jd memang banyak praktikal larh spt mini projek guiding di Tasik Chini ary tuhh and now simulasi video.. Kena buat seperti dokumentari untuk mempromosikan tempat yang kita rasa menarik tetapi kurang fofular atau tidak diketahui.. Boleh tahan mencabar gak tugasan kali nii, kena fokus btul2 supaya matlamat tercapai @ misi terlaksana dengan sukses ! Destinasi pilihan hati untuk task simulasi video nii adalah kat Restoran Terapung Fort Supai & City Park Seremban2.. Tema yg dibawakan ialah travel & dining serta outdoor leisure & recreation.. Semoga semuanya berjalan lancar, harapan task ini dapat diselesaikan dengan jayanya!
p/s :: malu diabaikan,madam diutamakan (C & P ayat Afiq) ~ hehe :D

23 Februari 2012

My tourism buddies♥




Assalamualaikum && Olla to all readers @ my beloved followers blog..

Entri Hana pd kali ini mengenai, my tourism buddies or my family JPH..

Apa yang Hana boleh cakap tentang dorg nii, semuanya cool & sporting !

Best ar dapat kenal n jd member ngan dorang ni semue .. Semua cantik2, hensem2, baik2, bijak2.. #seriuspujinii,hehe :D

They are part of my life yesterday, now, tomorrow and Insya'ALLAH forever..

Seriously , Hana happy gile ngan diaorang.. Dalam kelas ble ngan dorang, x sah kalau x gelak sampai sket perott..

Luar kelas pun sme gak.. Asyik gelak je ble ngan dorang nii.. Hehehe ^_^

Macam2 dah lalui ngan diaorang nii sama ada saat suka ataupun duka, ketika ketawa ataupun menangis..

Jauh daripada family, merekalah bagai family Hana di teratak ilmu Politeknik Muadzam Shah Phg..

Thank you guyss , kehadiran korang begitu bermakna dalam hidup aku..

Bagaikan pelangi selepas hujan, ibarat bintang didada langit ketika malam..

Persahabatan kita semua bermakna pd aku dan sesungguhnya aku berharap persahabatan yg terjalin ini tiada nokhtahnya..

p/s :: JPH TERBAIKK ~ :D ♥ ♥ ♥

22 Februari 2012

Cerita camping :D

Assalamualaikum && Olla to all readers and my beloved followers.. Maaf sangat2 sebab dah agak lama tak update blog kan.. 2 minggu sebelum starting cuti mid-sem, Hana agak busy dengan tugas2 sbg seorg student tourism.. Dengan assignment, presentation, mini projek blum masuk bab revision lg utk kuiz n test serta preparation 4 final exam.. Memang tersangatt busy dan jadual begitu padat mengalahkan PM.. Cewahhhhh , hehe :P Pd 17hb yg lalu (jumaat) sampai 19hb, Hana dengan team kembara pergi camping ke Air Terjun Berkelah Maran Phg.. Camping tuh sbg salah stu aktiviti Kelab Kembara bg sbjek AR201.. AR201 adalah sbjek kokorikulum bg plaja politeknik.. Jika sem 1 kitaorang ada poli bridget , sem 2 pula ada kelab.. Macam2 kelab spt Keusahawanan, Ragbi, Olahraga, English Language Society dan Hana terpilih utk Kelab Kembara.. Sesuai dengan status sebagai student tourism, Hana memang minat dengan aktiviti kembara walaupun lasak.. Rasa seronok dapat buat aktiviti yang kita suka walaupun agak terbatas dengan kemampuan tp yang penting kita enjoy dan have fun ! heee ~ :D Sebelum balik seremban untuk cuti mid-sem, Hana pergi camping utk 3hari 2mlm dan pengalaman semasa camping memang best walaupun sangat memenatkan dan perlu berhadapan dengan macam2 cabaran.. Tp kerjasama yg baik antara team kembara, menyebabkan semuanya berjalan lancar walaupun cuaca pada ketika itu tidak menyebelahi kami.. Tp syukur alhamdullilah, spt yg dirancang aktiviti hiking dan jungle trekking utk sampai ke puncak Air Terjun Berkelah berjalan lancar.. Atas keizinan Allah s.w.t serta seperti memahami, cuaca sangat baik semasa kami mendaki ke puncak air terjun sehinggalah kami turun semula ke tapak perkhemahan.. Syukur padaMu Ya Allah.. Tergelincir, terjatuh memang tak dapat nak elak sebab dah nama pun aktiviti kembara kan.. Jadi kenalah tahan lasak.. Hana pun tak terkecuali drpd melalui pengalaman tergelincir semasa hiking.. Walaupun satu badan terasa lenguh dengan lebam2 serta calar balar tp rasa puas kerana dapat mencabar diri untuk hiking sehingga sampai ke puncak Air Terjun Berkelah.. Bila fikir balik rasa macam tak percaya pun ade.. Hehehe Bukan satu perkara yang mudah kerana laluannya agak sukar dan mendebarkan tp kerana semangat serta keyakinan yg ada dalam diri menyebabkan rasa takut itu bagaikan sirna.. Pengalaman naik lori juga tidak dapat dilupakan.. Seronok berhimpit ramai2 naik lori sekali pandang dah macam PATI dengan jalan nye yg mak aiiiii memang mengucap tp satu pengalaman yg x akan dilupakan sampai bila2.. Bercerita tentang lokasi camping, memang bestt dan terbaikk.. Tempat dia, sangat cantek okayy!! Betapa indah ciptaan Yang Maha Esa memang menggagumkan setiap mata yang memandang.. TERPUKAU , TERPESONA.. Dua perkataan yg tepat untuk menggambarkan rasa..

Air Terjun Berkelah Maran Phg (kolam ke-7)

p/s :: pengalaman berharga yg x akan pernah kulupa ..

14 Februari 2012

selesai sudaa .. puas hati sangat2 ! :D

Assalamualaikum && Olla readers @ followers tersayang..

Tajuk entri kali nii seperti di atas ..
Apa yang dah selesai ?? puas hati sangat2?? KENAPAA dan kenapa ??
Ter'over acting lakk cik gadish manes hari nii .. Tak pe bkn selalu .. hehe :P
Selesai sudaa giliran Hana untuk individual presentation for subject Tourist Guiding Techniques..
Kitaorang pelajar DUP2 diberi tugasan untuk membuat slide mengenai tempat atau destinasi perlancongan pilihan hati..
Hana pilih Sabah sebagai tajuk perbentangan.. Nak tau kenapa Hana pilih Sabah?? Jeng3.. Teruskan membaca.....hehe^^
Berdasarkan pengalaman kali pertama memijakkan kaki di negeri di bawah bayu itu pada awal bulan Julai tahun lepas, jadi Hana mempunyai keyakinan untuk memilih destinasi tersebut..
Kenapa tak Pulau Langkawi ataupun tempat lain?? Ini kerana Hana inginkan kelainan..
Okayy, bukan saja based on experience tp Hana tetap buat research untuk lebih mengetahui tentang Sabah..
Untuk sesi presentation yang pertama, Hana tak volunteer sebab nak rilekk dulu.. Kasi turunkan darjah kegugupan or 'nervous' dalam diri Hana terlebih dahulu.. Selain itu, cuba cari semangat dan keyakinan supaya mampu present dengan baikk..
Jd, giliran Hana tiba pada sesi yang ke-2 iaitu pd kelas yg berikutnya.. Dimana selepas Firas, Neza dan Afiq present tentang destinasi masing2, nama Hana dipetik budak2 nii sbg peserta seterusnya dan bila Madam Mas dah pandang Hana tahu itulah masanya..
Masa Hana nak present tuh pulak baru larh terperasan akan kehadiran Encik Nash a.k.a Ketua Jabatan yg entah bila masuk ke kelas untuk tgk kitaorang punye presentation..
Patutlah time Afiq present, berapa kali dia tersasul rupanya big boss JPH ade sekali masa tuhh..
Hana mule2 memang cuakk, dalam hati sempat berkata "aduiyaiii, kenape time nii lak dia nak masuk..??"
Tp nak buat macam mana, dalam setiap hal kita perlu professional..
Jadi dengan lafaz bismillah Hana mulakan individual presentation tersebut..
Alhamdullilah, syukur kpd ALLAH kerana pada ketika itu Hana berjaya mengawal rasa gemuruh dan telah melakukan presentation dengan cukup baik..
Bukan tak ada rasa nervous langsung, tp ape yang pasti time tuhh Hana terangkan saja slide dan yang bestnya Hana berjaya memorize maklumat dengan baik menjadikan ianya hanya dihujung jari saja..
Tidak berniat untuk riak, Hana sendiri tahu macam mana diri Hana dan kemampuan Hana.. Sesungguhnya Hana seorang yang cepat gemuruh atau agak gelabah.. Hana tak pandai sorok bila tengah nervous sebab segalanya terpancar pada raut wajah..
Tp atas sokongan kawan2 dan juga keyakinan terhadap diri sendiri serta dorongan semangat, Alhamdullilah presentation Hana sukses dan dapat pujian drpd lecturer Hana iaitu Madam Mas. Kawan2 Hana juga berpuas hati dengan presentation Hana kali nii dan mereka mengatakan Hana telah melakukan dengan baik..
Syukur YA ALLAH, Alhamdullilah kerana Engkau mempermudahkan segalanya..

p/s :: mulakan sesuatu dengan bismillah, Insya'Allah segalanya akan dipermudahkan.....:)

R.I.P Whitney Houston..

Olla readers @ followers belog Gadish Manes..

Entri kali nii , mengenai kematian penyanyi popular Whitney Houston..
Mendiang Whitney dilaporkan meninggal dunia pada 11 Februari 2012..
Sebab kematian belum dapat dipastikan..
Beliau menemui ajal di Beverly Hilton sebelum berlangsungnya anugerah berprestij iaitu 'Grammy Awards'.
Whitney popular dengan lagu seperti 'Greatest Love of All', 'I Have Nothing' (lagu FAV akak Hana), 'I Will Always Love You' and many more also a duet song with Mariah Carey it's 'When You Belive' a soundtrack for  'The Prince of Egypt'.
Hana tak adalah minat sangat dengan Whitney tapi tak dinafikan Hana amat kagum dengan kehebatan vokalnya. Tetapi Hana punye akak merupakan antara biggest fan of Whitney Houston..
Kematian bermaksud tidur selamanya dan setiap yang bernyawa di muka bumi ini pasti akan mati suatu masa nanti..
Okayy, setakat nii dulu update untuk kali nii..
R.I.P Whitney Houston..


12 Februari 2012

share :)

Disaat hatimu berasa terluka, sembuhkanlah ia dengan bacaan zikrullah..
Disaat jiwamu tak tenteram, ubatilah dengan solat memohon keredhaanNya..
Disaat fikiran mu serabut, lagukan irama merdu dari kitab suci kalamullah dan hayatilah ia..
Disaat dirimu diamuk rasa amarah, ambillah wuduk untuk ketenangan.. Insya'ALLAH, air wuduk yang sejuk itu mampu memadamkan api amarah..
Disaat musibah datang menghampirimu, bersabar dan cekallah dalam menghadapinya..
INSYAALLAH, kita akan beroleh ketenangan~

08 Februari 2012

BERBALOII beli buat KOLEKSI :D


Kau Yang Satu ~ Nia Azalea

Jalan cerita novel nii sangat menyentuh perasaan . Pendek kate , novel nii antara yang terbaik pernah Hana baca . Malah novel nii dah banyak kali diulang cetak . Hana pernah beli novel ni dulu lepastuh x tau letak mane and then Hana beli balik sebab novel nii antara FAV Hana . Heee ~ :D

Hero & Heroin ; Taufik & Salina



Manisnya Cinta ~ Anis Ayuni

Novel Manisnya Cinta merupakan novel kedua Anis Ayuni yang berada dalam koleksi Hana selepas novel Seribu Kali Sayang . Hana beli novel nii semasa mengunjungi Pesta Karangkraf pd Disember 2011 yg lalu . Time novel nii kluar , Hana still dibangku skola rendah jd x dpt nak beli tp kerana novelis Anis Ayuni antara novelis yg hebat dan novel Manisnya Cinta memang BEST jd Hana x teragak-agak nak dapatkan novel nii wlupun ketinggalan . Hehehe.. Seriously , novel nii TERBAIKK kerana berjaya MENCURI hati Hana ! Kisah cinta yang terjalin antara seorang gadis yg merupakan Interior Designer (ID) iaitu Ifti Liyana dengan Drebar AirBAS a.k.a Pilot iaitu Nazmi.. Cinta mereka cinta puding karamel :D



Melodi Kasih ~ Hezzy Azra

Apa yang menarik tentang novel Melodi Kasih ini adalah jalan cerita yang dipersembahkan berbeza daripada novel yang lain . Penceritaan tentang masam manis kisah cinta 3 orang sahabat baik . Yg utama selain daripada nilai kekeluargaan dan cinta , novel ini menekankan tema PERSAHABATAN . Untuk karya pertama bg seorang novelis, Hezzy Azra telah berjaya mengarap jalan cerita Melodi Kasih dengan sebaiknya dan betapa indahnya erti persahabatan yang sebenar telah dipersembahkan dalam MK ! :D



Akhirnya Aku Kahwin (AAK) ~ Herna Diana

Paling menarik tentang novel 'Akhirnya Aku Kahwin' buah fikiran Herna Diana adalah cover page novel itu sendiri. Dengan trend laman sosial yang mendapat tempat dikalangan masyarakat seperti 'Facebook', ditambahkan dengan kehangatan lagu Cinta Muka Buku yang dinyanyikan oleh Najwa Latif menjadikan novel nii antara yang laris di pasaran . Seriously, antara faktor Hana tertarik dengan novel nii adalah kerana cover depannya yang TERAMAT menarik ! Jalan cerita jangan cakap lah, memang sempoii habiss sampai senak perut dek kerana asyik ketawa setiap kali membaca novel nii . Juga antara novel yang berbeza cara persembahan jalan ceritanya . Herna Diana , first novelis yg Hana baca novel dia dari mula @ first novel dia Hana dah baca . Cinta 3 Suku tidak mengecewakan , Akhirnya Aku Kahwin tidak menghampakan atau dalam erti kata lain, dua2 novel Herna Diana memang TERBAIKK ! Tak sabar tunggu novel beliau yg berikutnya.. hehehe^^



Bukan Kerana Sayang ~ Amiza Anaz

Novel Bukan Kerana Sayang karya Amiza Anaz memang TERBAIKK ! Novel ini berjaya digarap dengan baik, jalan cerita yang dipersembahkan tidak bosan dan mudah difahami . Pendek kata, sekali baca hati dah tertawan dan tak boleh nak berhenti baca sebab nak tahu juga kesudahannya macam mana . BKS juga antara novel yang menjadi FAV Hana ! ~ :D

p/s :: Memang BERBALOII beli buat KOLEKSI ! TAHNIAH untuk para novelis yang telah berjaya menghasilkan karya yang TERBAIKK dan berjaya MENAWAN hati para pencinta novel tanahair . :D

05 Februari 2012

Lagu nasyid pilihan sempena Maulidur Rasul .

Ya Nabi Salamun Alaika ~ Raihan

( korus )
Ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika
Ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika
Ya habibi salammualaika
Ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika
Ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika
Ya habibi salammualaika

Telah terbit bulan purnama
Cahayanya menyinari kami
( Telah terbit bulan purnama )
( Cahayanya menyinari kami )
Kau contoh akhlak terpuji
Wajahmu penyejuk hati
( Kau contoh akhlak terpuji )
( Wajahmu penyejuk hati )

( ulang korus )

Kau bagaikan matahari
Cahaya menerangi bumi
( Kau agaikan matahari )
( Cahaya menerangi bumi )
Engkaulah permata hati
Bertakhta di sanubari
( Engkaulah permata hati )
( Bertakhta di sanubari )

( ulang korus )

Ya habibi Ya Muhammad
Penyeri timur dan barat
( Ya habibi Ya Muhammad )
( Penyeri timur dan barat )
Kau yang gagah, yang mulia
Engkaulah imam kami
( Kau yang gagah, yang mulia )
( Engkaulah imam kami )

( ulang korus )


Mini projek HT310 , Tasik Chini .

Assalamualaikum si manes si kachak sekalian ..
Wassup2 to all my beloved followers and readers ..
Tajuk post entri blog Gadis Manes pd kali ni , jeng jeng jeng.....
Mini projek HT310 , Tasik Chini .

HT310 - merupakan kod yg merujuk pd sbjek Tourist Guiding Techniques .
Lecturer sbjek ialah Madam Mas Rehan atau mesra disapa Madam Mas .
Sbjek tourist guiding nii x de final paper , jd utk markah ktorg student DUP2 ada praktikal test .
Praktikal test dia adalah kena buat guiding , dah nama pun sbjek tourist guiding kan..
Jd untuk mini projek or markah semi-final , ktorg kena pergi Tasik Chini dan buat guiding kat situ .
Alaaaa Tasik Chini yang fames ngan kisah mitos naga tuhh . Terletak di negeri Pahang yang aman dan makmur . Negeri yg lagi kehijauan .
Ktorg student DUP2 yg kena buat guiding nii pergi day trip ke Tasik Chini bersama student DUP 1 & BUP seramai 74org dan lecturer2 iaitu Cik Teha, Miss Shima, Mama Tan (my PA) dan Encik Ariff serta abg kameraman .
Jd pd 17Januari yg lepass hari Rabu ktorg ada day trip ke Tasik Chini .. 2 buah (bkn utk dimkn) tp buah bas telah bertolak ke Tasik Chini utk projek mini Tourist Guiding Techniques .
Sambil menyelam minum air . Banyak sangat minum air, boleh kembung perut lak nanti . hehehe
Just AMAZING WONDERFUL memories & experience that I've got at there :D :D :D ♥ ♥ 

Okayy, Hana nak story mory serba sedikit tentang pengalaman wat guiding kat Tasik Chini ..  heee
Nervous ? Normally pd starting memang semua org akan nervous . Hana pun tak terkecuali .
Kerana nervous, ade gak part2 yg Hana tertinggal utk diberitahu kpd tour members yg naik bot sekali dgn Hana . Tambah2 lg Cik Teha as a KP (ketua program) dan penilai naik sekali bot ngan Hana . Huhu
Tp, syukur alhamdullilah segalanya berjalan dengan lancar walaupun ada gak yg kurang . Almaklum larh first time kan . hehe ..
 
Di sini , terdapat beberapa gambar sbg kenangan semasa day trip ke Tasik Chini hari tuhh ~















p/s : byk sgt gamba2 nak upload msuk tp ckup larh dulu takat ape yg ade .. hehe .. semoga enjoyy mengunjungi blog Gadish Manes , jgn serik utk berkunjung lagi .. see yaaa ~ :D

04 Februari 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H/2012M .


Salam Maulidur Rasul 1433H/2012M .

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al Quran

Rasulullah kami ummatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnah mu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela



03 Februari 2012

Ku pinang kau dengan bismillah♥

Ku pinang kau dengan bismillah

Ini tjuk post entri pd kali nii .. Menarik kan..? ^_^
Bila sebut pasal pinang-meminang ni ia berkaitan dgn proses sebelum perkhawinan..
Korang pernah dengar x lgu spt tjuk diatas??
Yang dinyanyikan oleh  penyanyi popular Indonesia iaitu Rossa yang berduet bersama UNGU..
Hana beran bet bila korang dengar je lagu ni kompemm terus jtuh cinta♥
Sebab first time Hana dengar lagu ni dr phone member, pastuhh hati terus tertawan dan ape lg cepat2 turn ON Bluetooth lahh~ hehehe
Lagu ni mempunyai kekuatan tersendiri..
First, tajuk lagu nii dah mampu mencuri perhatian..
Second, melodi lagu yang indah beserta lirik yg menyentuh perasaan membuatkan lagu nii x bosan untuk didengar berulang kali..
Third, vokal penyanyi yg mantapp dan suara yg merdu menjadikan lagu ni ibarat PAKEJ LENGKAP..
Seriously, first time Hana dengar lagu nii terus falling in love dan selalu nak dengar lagu ni TANPA BOSAN!
Dlm erti kata lain, lagu Ku pinang kau dengan bismillah nii jd antara Hana pnye FAVORITE songg . heee :D
Harap2, satu masa nanti Hana akan berjumpa dengan soulmate dia yang menerima dan mencintai diri dia dengan seadanya. Dan mencintai dia kerana Allah. Jodoh yang ditentukan Allah untuknya, pemilik tulang rusuk kirinya. Insya'Allah.....^_^ ♥
So, para pengunjung belog Gadish Manes sekalian silalah menghayati bait2 serta melodi indah lagu Ku pinang kau dengan bismillah.. Hana pasti anda juga akan tertawan atau tercuri hati dengan lagu nii..


02 Februari 2012

Cerita tentang rindu :'(

Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera kpd semua pengunjung blog Farhana Zainuddin.
First of all , Hana nak minta maaf kerana blog ini terlalu lama dibiar sepi tnpa sbrg update kerana kesibukan Hana dlm menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar Politeknik a.k.a student di menara gading. Kesibukan bergelar pelajar IPT tidak seperti kesibukan semasa menuntut di sekolah menengah. Terlalu banyak bezanya. Kerana itu, Hana cuma sempat berkongsi cerita terbaru dgn meng'update status hanya di FB. Blog boleh digambarkan spt satu perhubungan kerana kita perlu beri komitmen dan buat masa nii Hana masih tak dpt beri sepenuh komitmen pd blog kesayangan ini yg ibaratkan diari siber Hana walaupun jauh disudut hati sgt merindui untuk berceloteh di sini. Huhuhu~

Untuk update kali ni, Farhana mengambil sedikit masa untuk mencari kekuatan bagi mencoret kisah yang telah membuat dia kehilangan semangat pada awal Januari 2012 yg lalu. 2012 baru saja membuka tirai dan pada tanggal 4 Januari, Farhana telah kehilangan nenek saudaranya yang amat disayangi dan rapat dengannya. Apa yang berlaku telah meragut pergi semangat Hana ketika itu sehingga begitu sukar untuk dia mengukir sebuah senyuman. Hanya air mata yang menjadi teman pd ketika itu, apabila tiada kata yang mampu diungkap dan titisan air mata menggambarkan rasa yang memberat dijiwa. Walaupun ketika melawat arwah Wan Ndak di Hospital Temerloh, hatinya berkata jika telah tiba masa dia redha. Tetapi apabila dikhabarkan berita kembalinya arwah ke rahmatullah pada hari Rabu tersebut, tiada kata dapat diungkap hanya juraian air mata yang menceritakan rasa. Sesungguhnya, itu adalah perkara yang tidak diduga. Meskipun pernah mengungkap redha dihati tetapi masa itu tewas juga diamuk emosi.

Kini yang tinggal hanya sebuah memori, kenangan yang tersemat kukuh dihati serta sentiasa segar dalam ingatan. Sesungguhnya rindu didada hanya Allah saja yang tahu kerana walaupun hanya nenek saudara, tetapi arwah sangat rapat dan dekat dengan Hana sekeluarga. Malah Hana sendiri menggangap arwah Wan Ndak seperti nenek Hana sendiri kerana kedua atuk dan nenek sebelah ibu Hana telah pergi menghadap Ilahi sebelum Hana lahir ke dunia lagi. "Wan, adek rindu wan sangat2. Rindu nak peluk wan, nak cium pipi wan, nak bercerita dengan wan, teramat rinduuu.......Adek rindu kenangan kita bersama pergi karnival buku Karangkraf, bersuka ria di I-City, kenangan satu keluarga semasa syawal, semuanya...... Adek doakan semoga roh wan dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan org2 yg beriman..Aminnnnn..". Walaupun payah, Hana harus akur dan redha akan ketentuanNya.. Kerana mati itu janji Allah, apabila tiba masanya tidak tercepat atau terlewat barang satu detik..

p/s : terima kasih kpd family dan kawan2 Hana yang banyak bagi sokongan dan kata2 semangat disaat Hana sangat memerlukan sokongan.. Al-fatihah untuk arwah Wan Ndak yg amat disayangi~