Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera kpd semua pengunjung blog Farhana Zainuddin.
First of all , Hana nak minta maaf kerana blog ini terlalu lama dibiar sepi tnpa sbrg update kerana kesibukan Hana dlm menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar Politeknik a.k.a student di menara gading. Kesibukan bergelar pelajar IPT tidak seperti kesibukan semasa menuntut di sekolah menengah. Terlalu banyak bezanya. Kerana itu, Hana cuma sempat berkongsi cerita terbaru dgn meng'update status hanya di FB. Blog boleh digambarkan spt satu perhubungan kerana kita perlu beri komitmen dan buat masa nii Hana masih tak dpt beri sepenuh komitmen pd blog kesayangan ini yg ibaratkan diari siber Hana walaupun jauh disudut hati sgt merindui untuk berceloteh di sini. Huhuhu~
Untuk update kali ni, Farhana mengambil sedikit masa untuk mencari kekuatan bagi mencoret kisah yang telah membuat dia kehilangan semangat pada awal Januari 2012 yg lalu. 2012 baru saja membuka tirai dan pada tanggal 4 Januari, Farhana telah kehilangan nenek saudaranya yang amat disayangi dan rapat dengannya. Apa yang berlaku telah meragut pergi semangat Hana ketika itu sehingga begitu sukar untuk dia mengukir sebuah senyuman. Hanya air mata yang menjadi teman pd ketika itu, apabila tiada kata yang mampu diungkap dan titisan air mata menggambarkan rasa yang memberat dijiwa. Walaupun ketika melawat arwah Wan Ndak di Hospital Temerloh, hatinya berkata jika telah tiba masa dia redha. Tetapi apabila dikhabarkan berita kembalinya arwah ke rahmatullah pada hari Rabu tersebut, tiada kata dapat diungkap hanya juraian air mata yang menceritakan rasa. Sesungguhnya, itu adalah perkara yang tidak diduga. Meskipun pernah mengungkap redha dihati tetapi masa itu tewas juga diamuk emosi.
Kini yang tinggal hanya sebuah memori, kenangan yang tersemat kukuh dihati serta sentiasa segar dalam ingatan. Sesungguhnya rindu didada hanya Allah saja yang tahu kerana walaupun hanya nenek saudara, tetapi arwah sangat rapat dan dekat dengan Hana sekeluarga. Malah Hana sendiri menggangap arwah Wan Ndak seperti nenek Hana sendiri kerana kedua atuk dan nenek sebelah ibu Hana telah pergi menghadap Ilahi sebelum Hana lahir ke dunia lagi. "Wan, adek rindu wan sangat2. Rindu nak peluk wan, nak cium pipi wan, nak bercerita dengan wan, teramat rinduuu.......Adek rindu kenangan kita bersama pergi karnival buku Karangkraf, bersuka ria di I-City, kenangan satu keluarga semasa syawal, semuanya...... Adek doakan semoga roh wan dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan org2 yg beriman..Aminnnnn..". Walaupun payah, Hana harus akur dan redha akan ketentuanNya.. Kerana mati itu janji Allah, apabila tiba masanya tidak tercepat atau terlewat barang satu detik..
p/s : terima kasih kpd family dan kawan2 Hana yang banyak bagi sokongan dan kata2 semangat disaat Hana sangat memerlukan sokongan.. Al-fatihah untuk arwah Wan Ndak yg amat disayangi~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan