08 Februari 2012

BERBALOII beli buat KOLEKSI :D


Kau Yang Satu ~ Nia Azalea

Jalan cerita novel nii sangat menyentuh perasaan . Pendek kate , novel nii antara yang terbaik pernah Hana baca . Malah novel nii dah banyak kali diulang cetak . Hana pernah beli novel ni dulu lepastuh x tau letak mane and then Hana beli balik sebab novel nii antara FAV Hana . Heee ~ :D

Hero & Heroin ; Taufik & Salina



Manisnya Cinta ~ Anis Ayuni

Novel Manisnya Cinta merupakan novel kedua Anis Ayuni yang berada dalam koleksi Hana selepas novel Seribu Kali Sayang . Hana beli novel nii semasa mengunjungi Pesta Karangkraf pd Disember 2011 yg lalu . Time novel nii kluar , Hana still dibangku skola rendah jd x dpt nak beli tp kerana novelis Anis Ayuni antara novelis yg hebat dan novel Manisnya Cinta memang BEST jd Hana x teragak-agak nak dapatkan novel nii wlupun ketinggalan . Hehehe.. Seriously , novel nii TERBAIKK kerana berjaya MENCURI hati Hana ! Kisah cinta yang terjalin antara seorang gadis yg merupakan Interior Designer (ID) iaitu Ifti Liyana dengan Drebar AirBAS a.k.a Pilot iaitu Nazmi.. Cinta mereka cinta puding karamel :D



Melodi Kasih ~ Hezzy Azra

Apa yang menarik tentang novel Melodi Kasih ini adalah jalan cerita yang dipersembahkan berbeza daripada novel yang lain . Penceritaan tentang masam manis kisah cinta 3 orang sahabat baik . Yg utama selain daripada nilai kekeluargaan dan cinta , novel ini menekankan tema PERSAHABATAN . Untuk karya pertama bg seorang novelis, Hezzy Azra telah berjaya mengarap jalan cerita Melodi Kasih dengan sebaiknya dan betapa indahnya erti persahabatan yang sebenar telah dipersembahkan dalam MK ! :D



Akhirnya Aku Kahwin (AAK) ~ Herna Diana

Paling menarik tentang novel 'Akhirnya Aku Kahwin' buah fikiran Herna Diana adalah cover page novel itu sendiri. Dengan trend laman sosial yang mendapat tempat dikalangan masyarakat seperti 'Facebook', ditambahkan dengan kehangatan lagu Cinta Muka Buku yang dinyanyikan oleh Najwa Latif menjadikan novel nii antara yang laris di pasaran . Seriously, antara faktor Hana tertarik dengan novel nii adalah kerana cover depannya yang TERAMAT menarik ! Jalan cerita jangan cakap lah, memang sempoii habiss sampai senak perut dek kerana asyik ketawa setiap kali membaca novel nii . Juga antara novel yang berbeza cara persembahan jalan ceritanya . Herna Diana , first novelis yg Hana baca novel dia dari mula @ first novel dia Hana dah baca . Cinta 3 Suku tidak mengecewakan , Akhirnya Aku Kahwin tidak menghampakan atau dalam erti kata lain, dua2 novel Herna Diana memang TERBAIKK ! Tak sabar tunggu novel beliau yg berikutnya.. hehehe^^



Bukan Kerana Sayang ~ Amiza Anaz

Novel Bukan Kerana Sayang karya Amiza Anaz memang TERBAIKK ! Novel ini berjaya digarap dengan baik, jalan cerita yang dipersembahkan tidak bosan dan mudah difahami . Pendek kata, sekali baca hati dah tertawan dan tak boleh nak berhenti baca sebab nak tahu juga kesudahannya macam mana . BKS juga antara novel yang menjadi FAV Hana ! ~ :D

p/s :: Memang BERBALOII beli buat KOLEKSI ! TAHNIAH untuk para novelis yang telah berjaya menghasilkan karya yang TERBAIKK dan berjaya MENAWAN hati para pencinta novel tanahair . :D

Tiada ulasan: