14 Februari 2012

selesai sudaa .. puas hati sangat2 ! :D

Assalamualaikum && Olla readers @ followers tersayang..

Tajuk entri kali nii seperti di atas ..
Apa yang dah selesai ?? puas hati sangat2?? KENAPAA dan kenapa ??
Ter'over acting lakk cik gadish manes hari nii .. Tak pe bkn selalu .. hehe :P
Selesai sudaa giliran Hana untuk individual presentation for subject Tourist Guiding Techniques..
Kitaorang pelajar DUP2 diberi tugasan untuk membuat slide mengenai tempat atau destinasi perlancongan pilihan hati..
Hana pilih Sabah sebagai tajuk perbentangan.. Nak tau kenapa Hana pilih Sabah?? Jeng3.. Teruskan membaca.....hehe^^
Berdasarkan pengalaman kali pertama memijakkan kaki di negeri di bawah bayu itu pada awal bulan Julai tahun lepas, jadi Hana mempunyai keyakinan untuk memilih destinasi tersebut..
Kenapa tak Pulau Langkawi ataupun tempat lain?? Ini kerana Hana inginkan kelainan..
Okayy, bukan saja based on experience tp Hana tetap buat research untuk lebih mengetahui tentang Sabah..
Untuk sesi presentation yang pertama, Hana tak volunteer sebab nak rilekk dulu.. Kasi turunkan darjah kegugupan or 'nervous' dalam diri Hana terlebih dahulu.. Selain itu, cuba cari semangat dan keyakinan supaya mampu present dengan baikk..
Jd, giliran Hana tiba pada sesi yang ke-2 iaitu pd kelas yg berikutnya.. Dimana selepas Firas, Neza dan Afiq present tentang destinasi masing2, nama Hana dipetik budak2 nii sbg peserta seterusnya dan bila Madam Mas dah pandang Hana tahu itulah masanya..
Masa Hana nak present tuh pulak baru larh terperasan akan kehadiran Encik Nash a.k.a Ketua Jabatan yg entah bila masuk ke kelas untuk tgk kitaorang punye presentation..
Patutlah time Afiq present, berapa kali dia tersasul rupanya big boss JPH ade sekali masa tuhh..
Hana mule2 memang cuakk, dalam hati sempat berkata "aduiyaiii, kenape time nii lak dia nak masuk..??"
Tp nak buat macam mana, dalam setiap hal kita perlu professional..
Jadi dengan lafaz bismillah Hana mulakan individual presentation tersebut..
Alhamdullilah, syukur kpd ALLAH kerana pada ketika itu Hana berjaya mengawal rasa gemuruh dan telah melakukan presentation dengan cukup baik..
Bukan tak ada rasa nervous langsung, tp ape yang pasti time tuhh Hana terangkan saja slide dan yang bestnya Hana berjaya memorize maklumat dengan baik menjadikan ianya hanya dihujung jari saja..
Tidak berniat untuk riak, Hana sendiri tahu macam mana diri Hana dan kemampuan Hana.. Sesungguhnya Hana seorang yang cepat gemuruh atau agak gelabah.. Hana tak pandai sorok bila tengah nervous sebab segalanya terpancar pada raut wajah..
Tp atas sokongan kawan2 dan juga keyakinan terhadap diri sendiri serta dorongan semangat, Alhamdullilah presentation Hana sukses dan dapat pujian drpd lecturer Hana iaitu Madam Mas. Kawan2 Hana juga berpuas hati dengan presentation Hana kali nii dan mereka mengatakan Hana telah melakukan dengan baik..
Syukur YA ALLAH, Alhamdullilah kerana Engkau mempermudahkan segalanya..

p/s :: mulakan sesuatu dengan bismillah, Insya'Allah segalanya akan dipermudahkan.....:)

Tiada ulasan: