Penyanyi Achik Spin Maut Dalam Kemalangan ...
SEREMBAN, 17 April -- Penyanyi Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, 27, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) dekat sini, Sabtu petang.
Pegawai Turut Trafik negeri ASP Abd Halil Hamzah berkata kejadian berlaku pukul 6.15 petang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki penyanyi itu bersama seorang rakan lelaki yang belum dikenali dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda.
Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan yang dipandunya itu melanggar papan tanda selepas melalui kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Beranang dekat susur keluar ke Pajam.
"Difahamkan kenderaan yang dipandunya itu dalam perjalanan balik ke Seremban bersama seorang rakan selepas menyertai sebuah rancangan di RTM, Kuala Lumpur," katanya di sini.
Katanya lagi, Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan. Allahyarham dikatakan tercampak keluar dari kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup.
Mayat Achik dan rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban. Sementara itu Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat dari Mantin, Hamizin Khaidir berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari MPV dan orang ramai cuba menyelamatkannya sebelum dia meninggal dunia.
Achik merupakan penyanyi utama kumpulan Spin yang popular sekitar tahun 2002. Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Kita itu telah mendirikan rumahtangga dengan bekas Pegawai Khidmat Pelanggan Astro, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof pada Nov 2005.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Puteri Rania pada 2007 tetapi meninggal dunia ketika berusia dua bulan akibat demam panas dan masalah usus dalam perut (Petikan drpd--BERNAMA)
----------------------------------------------------------------------------------
Achik, yang popular suatu ketika dahulu sebagai vokalis utama kumpulan SPIN menemui ajalnya dan kembali ke rahmatullah dalam kemalangan ngeri di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) pada Sabtu petang ketika perjalanan pulang dari Angkasapuri KL ke Seremban .. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga allahyarham Achik SPIN atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari,, semoga kalian tabah menghadapi saat2 kehilangan ini .. Setiap perkara yang terjadi sudah tersirat hikmah nyee & ini merupakan sebahagian daripada takdir kehidupan serta dugaan yang perlu dilalui oleh setiap hamba ALLAH s.w.t dimuka bumi ini .. Buat para peminat arwah, sama-sama kita sedekahkan bacaan AL-FATIHAH serta surah yassin dengan harapan semoga roh arwah akan tenang disana dan ditempatkan dalam golongan mereka yang bertaqwa .. Masih teringat suara arwah Achik yang sangat merdu mengalunkan lagu favorite ramai seperti Janji Kita, Hadirlah Mustika, Mengusung Rindu dan lagu duet bersama Siti Nordiana aka Nana iaitu Paling Comel & Memori Berkasih .. Hana mengambil kesempatan ini untuk memuatkan beberapa klip video nyanyian arwah Achik bersama kumpulan SPIN dan juga pasangan duetnya iaitu Nana sebagai suatu kenangan terindah untuk dikongsi bersama ..
p/s :: Para peminat pasti akan merindui suaramu yang merdu dan senyumanmu yang manis serta kemunculanmu di kaca tv, tetapi apakan daya maut telah memisahkan seorang insan bernama Abdillah Murad Md. Shari aka Achik SPIN daripada dunia yang fana ini dan ALLAH s.w.t lebih menyayanginya ... Achik SPIN,, pergimu tak kembali ... AL-FATIHAH ...
18 April 2010
15 April 2010
EMAK,, Selamat hari lahir yg ke-55thn (:
Hanya untuk EMAK YANG TERSAYANG♥
ALLAH selamatkan EMAK ...
ALLAH selamatkan EMAK ...
ALLAH selamatkan EMAK saya, PUAN MAZNAH ...
ALLAH selamatkan EMAK ...
ADEK SAYANG SANGAT3 DEKAT EMAK !!!
Happy birthday to MOM ...
Happy birthday to MOM ...
Happy birthday to MY GREATEST MOM, PUAN MAZNAH ...
Happy birthday to MOM ...
MOM,, I LOVE YOU FOREVER♥ !!!
Dedikasi ini saya tujukan khas untuk EMAK TERSAYANG saya iaitu Puan Maznah binti Sies ::
EMAK, selamat menyambut ulang tahun kelahiran yg ke-55thn pada 14 APRIL yang lepas dan semoga panjang umur serta dimurahkan rezeki selalu .. Adek mahu merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih buat emak yang selama niii sudah bersusah payah malah hampir menggadai nyawa sendiri mengandungkan adek selama 9bulan 10hari, melahirkan dalam keadaan yang cukup sifat serta memanjakan adek dengan penuh kasih sayang .. Adek berharap semoga emak sentiasa berada dalam keadaan yg sihat sejahtera dan kehidupanmu meniti usia senja diberkati olehNya .. Emak adalah yang terbaik, terhebad dan tidak ada seorangpun yang mampu menggantikan tempatmu dihati ku, kerana buat adek 'YOU THE ONLY MOTHER FOR ME TILL THE END !!!'
12 April 2010
Selamat hari lahir yg ke-17thn CKIN !! ILY BABE ;)
Selamat hari lahir yang ke-17thn buat sahabatku yang tersayang iaitu NURUL ASHIKIN ABDULLAH aka CKIN or BERRY .. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki selalu, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, gud luck & all the best untuk SPM pada tahun niii (insyaAllah !!!) ^_^ .. Terima kasih untuk persahabatan yang terlalu bernilai ini & aku berharap semoga ia berkekalan untuk selamanya .. Thanks jugak sebab ko sudi melayan kerenah aku selama niii dan aku mohon maaf sekiranya ada kata2 ataupun sikap aku yang menyinggung perasaan ko sepanjang kita bersahabat .. CKIN, aku nak ko tahu yang selama niii ko adalah antara orang yang memberikan aku semangat untuk terus melalui kehidupan yang sangat mencabar ini dengan 1001 kekuatan dan aku sangat3 menghargai nyee !!! Babe, apabila usia kita semakin meningkat itu beerti kita harus berfikiran dan bertindak dengan lebih matang .. Tetapi jangan sesekali ko lupa, bahawa ia juga suatu tanda yang usia kita sudah semakin sampai ke penghujung nyee tanpa kita menyedarinya .. Semoga ko sentiasa tabah melalui hari2 yang seterusnya dalam kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini .. Aku cuma nak ko tahu yang aku sangat sayang akan persahabatan kita & ko antara SAHABAT aku yang TERBAIK !!! ILY BABE ;)
p/s :: Hari jadi adek angkat kesayangan kuh iaitu QHAIREEN NURSHAKIRA aka PUYEEN jatuh pada tanggal 3 APRIL yang lepas .. Selamat hari jadi yang ke-15thn adek comel !! Akak sayang sangat sama kamooo !! Ahakz ;)
02 April 2010
Suatu kehilangan yang sangat sukar untuk dicari ganti ... AL-FATIHAH buat Allahyarham Din Beramboi ...
Salam 1Malaysia buat semua pengunjung belog Hana yang dikasihi & semoga hari2 yang kita lalui dalam sebuah kehidupan yang fana ini diberkati olehNya ..!! Mior Ahmad Fuad Mior Badri ataupun lebih dikenali sebagai Din Beramboi, telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.30am hari Jumaat (02/04/2010) dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan di Kepong, KL ... Arwah abg Din Beramboi merupakan seorang pelawak serta salah seorang deejay radio ERA FM yang berganding bahu bersama dengan Pak Aznil Haji Nawawi dalam menjayakan segmen 'Riuh pagi di ERA' .. Sudah pasti para pendengar setia radio ERA FM & peminat arwah akan merindui untuk mendengar lawak jenaka serta suara allahyarham keudara diradio, tetapi sebagai manusia biasa kita tidak mampu untuk menolak takdir kehidupan yang telah ditentukan olehNya .. Khabar nyee,, arwah meninggal dunia kerana demam denggi berdarah selepas tidak sedarkan diri untuk beberapa hari tetapi setiap makhluk tuhan yang bernyawa tidak akan dapat lari daripada kematian .. Cepat atau lambat, suatu masa nanti kita semua akan kembali ke pangkuan pencipta Yang Maha Esa (ALLAH s.w.t) dan meninggalkan dunia yang fana ini .. Salam takziah buat ahli keluarga arwah Pak Din Beramboi,, semoga kalian tabah menghadapi saat2 kehilangan ini .. Setiap perkara yang terjadi sudah tersirat hikmah nyee & ini merupakan sebahagian daripada takdir kehidupan serta dugaan yang perlu dilalui oleh setiap hamba ALLAH s.w.t dimuka bumi ini .. Sila sedekahkan surah AL-FATIHAH dan bacaan yassin kepada arwah & sama-sama kita doakan semoga roh arwah ditempatkan dalam golongan mereka yang bertaqwa .. AL-FATIHAH ...
p/s :: Suatu kehilangan yang sangat sukar untuk dicari ganti ... Apabila seseorang yang selalu buat kita tersenyum dan ketawa tiada lagi didunia ini,, sebuah kehidupan pasti akan terasa sunyi ... Buat Aznil Hj. Nawawi aka Pak Nil,, semoga sentiasa tabah untuk meneruskan kehidupan ini ... AL-FATIHAH buat Allahyarham Din Beramboi ...
01 April 2010
Berakhir nyee bulan Mac,, Welcome April 2010 ;)
Salam ceria buat para pengunjung belog Hana .. Masa yang terlampau suntuk dan atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, Hana x berpeluang untuk meng'update blog kesayangan ini .. Just nak inform dekat korang yang bulan Mac(3) sudah berlalu laa weh & kini bulan April dalam angka sebutan 4 sudah menghulurkan salam .. Selamat tinggal bulan Mac yang penuh dengan 1001 kenangan suka & duka serta welcome bulan April tahun 2010 .. Semoga kedatangan April ini akan meningkatkan semangat Hana untuk berusaha bagi mencapai kejayaan yang sangat cemerlang dalam peperiksaan SPM pada penghujung tahun ini & secara keseluruhan nyee menjadi insan berguna pada masa hadapan buat agama, bangsa dan negara !! InsyaAllah,, aminnnnnnnnnn .. Chayok,, chayok !!
p/s :: Senyum sokmo kepada semua rakan blogger & pengunjung belog Hana yang setia ;)
p/s :: Senyum sokmo kepada semua rakan blogger & pengunjung belog Hana yang setia ;)
Langgan:
Catatan (Atom)