18 April 2010

Achik SPIN,, pergimu tak kembali ... AL-FATIHAH ...

Penyanyi Achik Spin Maut Dalam Kemalangan ...


SEREMBAN, 17 April -- Penyanyi Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, 27, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) dekat sini, Sabtu petang.

Pegawai Turut Trafik negeri ASP Abd Halil Hamzah berkata kejadian berlaku pukul 6.15 petang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki penyanyi itu bersama seorang rakan lelaki yang belum dikenali dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda.

Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan yang dipandunya itu melanggar papan tanda selepas melalui kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Beranang dekat susur keluar ke Pajam.

"Difahamkan kenderaan yang dipandunya itu dalam perjalanan balik ke Seremban bersama seorang rakan selepas menyertai sebuah rancangan di RTM, Kuala Lumpur," katanya di sini.

Katanya lagi, Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan. Allahyarham dikatakan tercampak keluar dari kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup.

Mayat Achik dan rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban. Sementara itu Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat dari Mantin, Hamizin Khaidir berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari MPV dan orang ramai cuba menyelamatkannya sebelum dia meninggal dunia.

Achik merupakan penyanyi utama kumpulan Spin yang popular sekitar tahun 2002. Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Kita itu telah mendirikan rumahtangga dengan bekas Pegawai Khidmat Pelanggan Astro, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof pada Nov 2005.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Puteri Rania pada 2007 tetapi meninggal dunia ketika berusia dua bulan akibat demam panas dan masalah usus dalam perut (Petikan drpd--BERNAMA)

----------------------------------------------------------------------------------

Achik, yang popular suatu ketika dahulu sebagai vokalis utama kumpulan SPIN menemui ajalnya dan kembali ke rahmatullah dalam kemalangan ngeri di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) pada Sabtu petang ketika perjalanan pulang dari Angkasapuri KL ke Seremban .. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga allahyarham Achik SPIN atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari,, semoga kalian tabah menghadapi saat2 kehilangan ini .. Setiap perkara yang terjadi sudah tersirat hikmah nyee & ini merupakan sebahagian daripada takdir kehidupan serta dugaan yang perlu dilalui oleh setiap hamba ALLAH s.w.t dimuka bumi ini .. Buat para peminat arwah, sama-sama kita sedekahkan bacaan AL-FATIHAH serta surah yassin dengan harapan semoga roh arwah akan tenang disana dan ditempatkan dalam golongan mereka yang bertaqwa .. Masih teringat suara arwah Achik yang sangat merdu mengalunkan lagu favorite ramai seperti Janji Kita, Hadirlah Mustika, Mengusung Rindu dan lagu duet bersama Siti Nordiana aka Nana iaitu Paling Comel & Memori Berkasih .. Hana mengambil kesempatan ini untuk memuatkan beberapa klip video nyanyian arwah Achik bersama kumpulan SPIN dan juga pasangan duetnya iaitu Nana sebagai suatu kenangan terindah untuk dikongsi bersama ..





















p/s :: Para peminat pasti akan merindui suaramu yang merdu dan senyumanmu yang manis serta kemunculanmu di kaca tv, tetapi apakan daya maut telah memisahkan seorang insan bernama Abdillah Murad Md. Shari aka Achik SPIN daripada dunia yang fana ini dan ALLAH s.w.t lebih menyayanginya ... Achik SPIN,, pergimu tak kembali ... AL-FATIHAH ...

1 ulasan:

apples and roses berkata...

suka lgu janji kita :')