02 April 2010

Suatu kehilangan yang sangat sukar untuk dicari ganti ... AL-FATIHAH buat Allahyarham Din Beramboi ...


Salam 1Malaysia buat semua pengunjung belog Hana yang dikasihi & semoga hari2 yang kita lalui dalam sebuah kehidupan yang fana ini diberkati olehNya ..!! Mior Ahmad Fuad Mior Badri ataupun lebih dikenali sebagai Din Beramboi, telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.30am hari Jumaat (02/04/2010) dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan di Kepong, KL ... Arwah abg Din Beramboi merupakan seorang pelawak serta salah seorang deejay radio ERA FM yang berganding bahu bersama dengan Pak Aznil Haji Nawawi dalam menjayakan segmen 'Riuh pagi di ERA' .. Sudah pasti para pendengar setia radio ERA FM & peminat arwah akan merindui untuk mendengar lawak jenaka serta suara allahyarham keudara diradio, tetapi sebagai manusia biasa kita tidak mampu untuk menolak takdir kehidupan yang telah ditentukan olehNya .. Khabar nyee,, arwah meninggal dunia kerana demam denggi berdarah selepas tidak sedarkan diri untuk beberapa hari tetapi setiap makhluk tuhan yang bernyawa tidak akan dapat lari daripada kematian .. Cepat atau lambat, suatu masa nanti kita semua akan kembali ke pangkuan pencipta Yang Maha Esa (ALLAH s.w.t) dan meninggalkan dunia yang fana ini .. Salam takziah buat ahli keluarga arwah Pak Din Beramboi,, semoga kalian tabah menghadapi saat2 kehilangan ini .. Setiap perkara yang terjadi sudah tersirat hikmah nyee & ini merupakan sebahagian daripada takdir kehidupan serta dugaan yang perlu dilalui oleh setiap hamba ALLAH s.w.t dimuka bumi ini .. Sila sedekahkan surah AL-FATIHAH dan bacaan yassin kepada arwah & sama-sama kita doakan semoga roh arwah ditempatkan dalam golongan mereka yang bertaqwa .. AL-FATIHAH ...

p/s :: Suatu kehilangan yang sangat sukar untuk dicari ganti ... Apabila seseorang yang selalu buat kita tersenyum dan ketawa tiada lagi didunia ini,, sebuah kehidupan pasti akan terasa sunyi ... Buat Aznil Hj. Nawawi aka Pak Nil,, semoga sentiasa tabah untuk meneruskan kehidupan ini ... AL-FATIHAH buat Allahyarham Din Beramboi ...

1 ulasan:

ielamorry.om berkata...

al-fatihah~ T_T tsk.

minat sgt kat dia. huuu.