Assalamualaikum .. Salam 1 Malaysia buat para pengunjung belog saya .. Semoga hari-hari anda seceria sang suria yang menyinari bumi .. Wahai pengunjung belog Hana yang setia (dramatik sungguh ayat nii),, saya mintak maap kerana sudah hampir seminggu belog ini tidak diupdate atas sebab2 yang tertentu .. Kerana terlalu rindu akan belog ini (poyo :p poyo :p), Hana akan mula berceloteh mengenai hari-hari indah yang dilalui sepanjang minggu ini (a bit pressure because of march exam..) untuk tatapan para pembaca sekalian .. So, follow story nii sambil diceriakan dengan muzik2 terbaik di Farhana FM (sejak bila pulak ??) ..
(1) Exam March ::
Last 3 paper (Akaun 1, Ekonomi 1 & 2) hari ini !! Setelah 2 minggu study bagai nak gila, akhir nyee tekanan perasaan yang ditanggung selama ini hilang dengan sekelip mata & mood ceria kembali semula selepas Peperiksaan Bulan March tamat pada hari ini .. Normal kes,, pelajar akan stress start minggu exam & mulai rasa lega apabila tamat exam .. Terutama kalau study last minute dan perlu refresh semula topik2 yang telah dipelajari time form4 (confirm banyak dah lupe pnye..) plus bab-bab yang dipelajari ketika dibangku form5 nii .. Btw,, stop thinking about exam March yang sudah berlalu dan kembali fokus semula terhadap study serta menggandakan (double triple) usaha bagi menghadapi peperiksaan2 yang akan datang especially trial SPM & peperiksaan SPM pada penghujung tahun ini... Flying colours dear,, Insya-Allah aminnnnn ^_^
p/s :: Student pure science belom freedom sepenuh nyee sebab diaorang still ada exam sekembali sahaja ke sekolah after 1week holiday nanti .. Huhuhuhuhu ..
(2) Walking ...
Hahahahaha,, geli hati saat terfikir semula kejadian ini .. Walking ?? Bunyi nyee macam budak excited baru dapat kaki .. Hehe,, story bermula apabila hari Isnin lepas aku terlupa nak bawa kunci rumah sebab nak cepat sampai sekolah .. Time tuh, my emak masih holiday dekat Sarawak (follow lawatan JKK) dan malam sahaja baru sampai di rumah .. Kebiasaan nyee,, emak yang pegang kunci rumah tetapi disebabkan ketiadaan mummy yang pada saat itu pergi holiday telah mengakibatkan keadaan sedikit kelam kabut .. Akak ku yang tersayang telah menyerahkan kunci rumah kepada Aunty Dewi (mother's Paru) supaya time pulang daripada sekolah nanti aku terus dapatkan kunci & stay diam2 dekat rumah .. Dalam hati berbisik (poyo :p poyo :p),, nak siapkan semua homework seperti kemas rumah dan lipat kain sebab emak nak balik malam nanti takut dia bising pulak kerja masih belum selesai .. Malang nyee,, hasrat murni terbantut apabila aku tidak dapat memasuki rumah kerana Aunty Dewi pergi klinik dan kunci tuh berada dalam jagaan nyee (take care kunci like baby) .. Gaya aku sudah seperti samseng jalanan sebab ketuk pintu kuat2 & try bukak tingkap rumah orang semata-mata nak tuntut kunci rumahku sedangkan tuan rumah tiada .. Entah mengapa,, hati terdetik ingin mencari public phone untuk memaklumkan hal berkenaan kepada my sister yang pasti sedang sibuk bekerja .. Jalan punya jalan nak cari public, tetapi tidak ketemu dan langkah kaki begitu pantas ke rumah memberku (Ckin) di Desaru .. Tak sangka diriku begitu aktif & bersemangat hendak berjalan kaki sejauh itu sedangkan time merentas desa sekolah tidak pulak sebegitu tingkahnya .. Manusia .. Manusia .. Macam2 perangai pelik n separuh gila akan diambil tanpa berfikir panjang ketika berada dalam situasi yang mendesak seperti aku time tuh .. Hahahahaha,, pengalaman yang benar2 lucu plus gila add sweet & sour sebab berpeluang berjalan kaki dari rumahku ke rumah Ckin yang jarak nyee agak jauh ..
p/s :: Selamat tiba ke destinasi yang dituju selepas 40minit berjalan kaki di bawah panas terik matahari .. Sampai rumah Ckin,, sempat view story Thailand (x tahu tajuk) dan movie melayu title nyee 'Pisau Cukur' lakonan Maya Karin, Fazura dan ramai lagi .. Not bad jugak filem tuh sebenar nyee ^_^
Pesanan daripada penulis belog ini ::
Harap maaf kerana entri pada kali ini agak panjang & jangan serik untuk datang mengunjungi belog saya lagi ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan