Entri pada kali ini dalam versi english,, tetapi penulisan belog tetap dalam bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan !! Bangga siot jadi anak Malaysia, lagipun bahasa itu menunjukan bangsa !! Keindahan bahasa melayu memang tidak dapat dinafikan lagi, oleh itu marilah kita beramai-ramai memartabatkannya dimata dunia ..!! Ceeewahhh, bersemangat sungguh aku nak meng'update belog pada kali ini siap dengan mukadimah nyee lagi .. Hehehehehe ;)
Attension please !! Guys, gurls, my dear rakan blogger .. Check it out apa story aku untuk entri belog pada kali ini iaitu About My Mr. Calculator fx-570MS .. Semoga anda semua enjoy membaca nyee sambil dihiburkan dengan lagu2 yang layan feeling & sila ambil pengajaran daripada cerita ini supaya ia tidak berlaku ke atas diri anda .. Huhuhuhuhu :(
Perkara ini terjadi pada hari Khamis (04/03/2010) yang lepas,, iaitu ketika Peperiksaan Bulan Mac sedang berlangsung untuk hari yang keempat bagi subjek Mathematic paper 1 & 2 serta subjek Prinsip Perakaunan kertas 2 .. Tersangat menyedihkan apabila aku terlalu cuai sehingga terlupa untuk membawa 'My Mr. Calculator fx-570MS' dan hal itu menyebabkan aku terpaksa mengira secara manually..
Aku tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini sebab perkara itu terjadi kerana kecuaian aku sendiri .. So, itu merupakan antara ujian hebat yang mesti aku lalui sepanjang menghadapi minggu peperiksaan Mac ini .. Tertinggal calculator didalam beg sekolah dekat rumah sehingga memaksa pengiraan dilakukan secara manually memang sedikit sebanyak memberi tekanan pada aku .. Semoga hal ini menjadi suatu pengajaran yang berguna buat diri aku, supaya selepas ini dan hari-hari seterusnya aku lebih berhati-hati lagi untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang kembali !!
p/s :: Serik, serik dan serik !!!!! Tidak mahu lagi perkara yang sama berulang pada masa akan datang, so Miss Norhidayah Farhana tolong belajar daripada kesilapan yang lalu bagi mengelakkan kejadian yang sama terjadi lagi !!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan