Melangkah sahaja kaki memasuki perkarangan gedung ilmu 'Tunku Ampuan Durah High School' pada Selasa (02/03/2010), telingaku menangkap bait-bait indah lagu 'Hanya Kau Yang Mampu' nyanyian Aizat yang juga merupakan antara lagu favourite aku .. Tidak lama kemudian, berkumandang lagu 'My Heart' duet penyanyi Irwansyah & Acha Septriasa diperkarangan sekolah .. Berbunga riang hati ini tidak terkata (ayat poyo seyh,, hehe :D) apabila antara lagu yang menjadi kegemaran dan siulan aku selama ini diputarkan oleh Kelab Radio Sekolah .. Sedangkan pada malam sebelum itu aku banyak kali mendengar lagu My Heart di laman web You Tube (sambil ulangkaji, sempat melayan perasaan.. Hehe :D) .. Semalam pula apabila aku berada di kawasan sekolah (waktu pagi, sebelum masuk kelas) sekali lagi lagu itu dimainkan dan ia membuai perasaan aku yang sedikit sebanyak sedang tertekan kerana tengah menghadapi Minggu Peperiksaan Mac ..
Seperti biasa, aku menjawab soalan exam dengan begitu bersemangat tetapi agak pressure jugak sebab cikgu yang mengajar aku subjek Sejarah iaitu Puan Aziah masuk pada waktu akhir (ketika itu exam untuk kertas Sejarah 2) .. Secara jujurnya, aku tidak puas hati dengan cara aku menjawab soalan Sejarah 2 semalam yang agak kelam kabut .. Tetapi, aku berusaha sedaya upaya menebus kesilapan itu dengan melakukan yang terbaik untuk kertas Sejarah 1 pada hari ini .. Sesungguhnya, aku mengharapkan keputusan yang baik untuk peperiksaan Mac kerana ia langkah pertama untuk aku mencapai result yang cemerlang dalam SPM nanti .. InsyaAllah, amin .. Tension bagai nak gila semalam sebab time exam kepala aku berasa sangat pening, dada aku berasa sakit dan tangan terlalu lenguh sebab menulis terlalu lama .. Akibatnya, aku tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian ketika menjawab exam .. Ya tuhan, semoga apa yang terjadi semalam tidak akan menjejaskan result exam aku kelak .. Huhuhuhuhu :(
Hari ini, segalanya berjalan lancar dan aku tidak menghadapi banyak masalah ketika sedang memerah otak untuk menjawab soalan Sejarah 1, English paper 1 & 2 .. So, maksudnya hari ini aku dapat menjawab soalan dengan lebih baik dan berkeyakinan berbanding semalam .. Isnin lepas (01/03/2010), aku telah memberikan sebotol kecik jem strawberi kepada Ustazah Bad sebagai cenderamata yang aku beli dari Cameron Highland .. Ketika di sekolah tadi, aku telah menghadiahkan 2 lagi botol jem strawberi yang cute kepada dua orang cikgu aku iaitu Pn. Rosemiza (cikgu Math) dan juga Pn. Norhafizah (teacher BI) ..
p/s :: Terima kasih mengunjungi belog Gadish Manes, jgn serik utk berkunjung lg.. Peace & Lurve (:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan