20 Mei 2012

Skype .


Assalamualaikum && Sawadeekap kpd semua pengunjung, pembaca dan followers setia blog Farhana Zainuddin.. Entri pd update kali nii, Hana nak citer pasal SKYPE.. Bapakk lahhh kelakar memang geli hati kalau diingatkan macam mana ketinggalannya Hana dalam bab2 skype nii.. aptb -.-' huhu.. Mula2 punyalah tak tahu macam mana nak buat acc skype pastuhh satu malam kerana kebosanan yg teramatt kerana ditinggalkan emak dan kakaknya yang terbang ke Miri Sarawak kerana ada program taichi jadi dia ambil keputusan untuk cuba buat skype.. Okayyy, rupa-rupanya amatlah mudah nak buat acc skype.. Tidaklah serumit or se-complicated macam nak buat acc twitter sampai datin sha yang tolong buatkan acc twitter utk Hana.. Huhuhu.. Tapi tah ape ke sengallnye dah ada acc skype tp skype tak install jd cam ner lahhh nak berskype.. Hahahahah... Bapak kelakar!! Sekali lagi aptb.. Huhu.. Nasib baik ada cik Nurul Ashikin Abdullah yang cantik manis telah berbaikk hati dan penuh sabar melayan kerenah Hana yg blur2 je pasal skype nii.. Kalau pasal pesbuk atau blog, laju je Farhana Zainuddin nii... Hehehe.. Okaylahh, sampai sinii entri Hana tentang skype.. Just nak beritahu yg Hana dah maju setapak sebab dah ada acc skype dan dah tahu macam mana nak berskype.. Tak de blur2 dah cam dlu.. Sedangkan orang lain lama dah maju sebab lama dah ada acc skype.. Farhana Zainuddin baru nak ada, memang ketinggalan.. Huhuhu.. Jadi dengan adanya skype, lepas nii kalau tercampak ke mana2 negara sekalipun satu hari nanti yelahh mana tau kott dpt peluang study abroad (Insya'Allah) dah tak kesahhh dah sebab boleh berskype dengan orang2 tersayang di tanah air tercinta.. Nak calling2 kos tinggi, kalau email tak boleh nampak muka, kalau pesbuk tahu perkembangan semasa tp dengan skype boleh bertentang mata jd hilanglah segala rasa rindu yang menggebu dijiwa.. Hahahah.. Okayyylah, terima kasih kpd para pengunjung semua kerana sudi singgah ke blog Hana yg tak seberapa nii.. Sampai sini Hana puansri membebel untuk entri kali nii.. See you pd entri yg lain.. Daaaaa ~ :)

14 Mei 2012

Cuti semester bermula :D


Assalamualaikum && Sawadeekapp kpd semua pembaca, pengunjung dan followers yang baik hati.. YesssssZzzaaaaaa, akhirnya cuti sem yang diharap-harap, yang dinanti-nanti dan yang ditunggu-tunggu oleh Hana dan rakan2 telah tiba jua!!!!! Gumbiranya hati tak terkata, dapat pulang ke rumah dan berjumpa keluarga tercinta setelah berjauhan atas sebab menuntut ilmu.. Cehwahhh dah macam belajar di perantauan pulak Cik Farhana.. hihihi.. Practise2 mana tau kan satu hari nanti ada rezeki dan dapat peluang belajar ke oversea..

Cuti semester bermula. Itulah entri untuk update Hana pada kali nii.. No more attend class, no lecture, no assignment to submit, no exam dan yang berkaitan dengan kehidupan sebagai pelajar IPT at least untuk tempoh 2 bulan cuti sem nii.. Cuti sem kali nii lebih lama berbanding cuti sem lepas sebab ada short sem.. So, kpd semua pelajar Politeknik seluruh Malaysia, selamat bercuti dan gunakanlah masa cuti nii sebaik-baiknya serta penuhkanlah masa cuti kalian dgn aktiviti berfaedah.. Kpd rakan2 DUP2,jumpa korang next sem.. Kpd Nisa, Zula, Ayu, Hanis next sem kita sama lagi ye.. Rindu sangat2 dengan gurauan serta perangai gila korang yang mencuit hati.. Rindu nak lepak dan makan sama dengan korang!







Okayyy cukup sampai di sini update Hana untuk kali nii.. Jumpa lagi pd entri yg lain.. Daaa :)

Coretan ceritera semester 2 di Polytechnic..


Assalamualaikum && Sawadeekap kpd semua pengikut @ pembaca @ pengunjung setia kedua-dua blog Hana.. Sorry sorry sorry pegi naik lori bla bla bla... Hahahah.. Truly I'm sorry, Hana betul2 minta maaf kerana dah lama jugakk lahh tak update blog2 kesayangan nii.. "Alaa Farhana, cam x biasa pulakk kan biar blog bersawang x update ape2 story!".. Huhu, I'm sorry again.. Kali nii Hana nak update blog sampai jejari yang x berapa nak runcing nii lenguh nak menaip.. Hehe..

Okayyy, dah x mau lengah2 lagii sekarang nii Hana nak update pasal ceritera Hana masa semester 2 di Polytechnic.. Oh semm, tak sangka begitu cepat masa berlalu kan kan.. Dah semester 2 Hana kat Polytechnic.. Rasa macam baru semalam je Hana bergelar siswi di Institut Pengajian Tinggi bukan budak sekolah lagi.. Tup tup, semester 2 dahh pun tamatt.. Selepas last payyyperrr pada 3hb 5 hari tuhh, berakhirlah ceritera Hana di semester 2 sebelum cuti sem bermula.. Terlalu banyak kenangan manis dan saat2 suka dirakam semasa semester 2 bersama roommate iaitu Nisa, Zula, Ayu budak IT network juga jiran sebelah bilik semasa sem 2 a.k.a mama, Hanis budak mekanikal automasi a.k.a papa serta rakan2 @ family @ team DUP2 yang sentiasa dekat dihati.. Saat2 masin masam juga tak terkecuali tetapi namapun kehidupan kan so normal lah tuhh.. Orang kata, masam manis kehidupan.. Sebelum munculnya pelangi, Allah menurunkan hujan.. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya mentari dan Allah menghadirkan sinaran 7 warna pelangi yang begitu indah sekali.. Dahh dahhh kalau Farhana Zainuddin mula bermadahh panjang berjela lahh jawabnye entri nii.. hehehe :P

Semester 2 syiokkk tapi sangat memenatkan sehingga ada masa menekan perasaan tetapi biasalah adat belajar dan bergelar pelajar kan.. Kesibukkan dan kesuntukkan masa tak dapat dielakkan.. Penat jangan cakaplahh.. Tapi nak berjaya kan, jadi tempuhilah segala dugaan dan cabaran dengan hati yang CEKAL dan SABAR.. Jangan sesekali berputus asa dan yang paling penting SEMANGAT dalam diri.. Setakat kena marah, kena tegur dengan lecturer tuhh biasalah.. Lecturer atau sesiapa yang lebih tua dari kita dan jauh berpengalaman terlebih dulu makan garam daripada kita.. Jadi kalau mereka ada tegur untuk betulkan mana2 yg salah, usahlah ambil hati mahupun marah2.. Kerana mereka ingin kita jadi seorang yang berjaya dan kita sendiri perlu berusaha untuk mencapai kejayaan itu.. Hana pun selalu juga kena marah kena tegur baik masa sem 1 mahupun sem 2.. Yelahh kita buat salah kan.. Nak ambil hati lama2 pun tak perlu rasanya sebab mereka yang menyampaikan ilmu jadi kita kena hormat.. Anggap saja itu satu dugaan dan cabaran yang memberi kita pengalaman dan mematangkan kita.. Kalau dengan kawan2 setakat berselisih faham atau berbeza pendapat biasalah sebab sedangkan lidah lagi tergigit.. Ketidaksamaan itu yang akan membuat kita saling memahami antara kawan2.. Nak merajuk lama2 pun buat apa sebab kita akan selalu berjumpa, jadi anggaplah itu semua masam manis dalam persahabatan.. Buang yang keruh dan ambil yang jernih..

Kalau cerita bab assignment pulak jangan cakap pasal penat lah kan kan.. Busyy memanjang buat assignment sampai tak sempay nak layan novel.. Jarang2 layan movie sekali-sekala tgk balik movie Lagenda Budak Setan dan time sehari sebelum menduduki paper akhir final exam sem 2 sempat jugak lahh layan full movie Indon 'Setan Facebook' dengan Keyda, Lynn, Nad dan Nona dibilik Nad yang juga bilik Nona.. Tapi dalam sibuk2 tuhh sempat juga berpesbuk dan update status sebab pesbuk ringkas x perlu nak update panjang2 kalau blog kang kena bercerita nak ada mood, ada feel sebab tuhh kadang2 je update blog.. Lagipun kotmitmen terhadap assignment yg melambak menyebabkan blog jarang berusik kerana saya sibuk mengalahkan pak menteri.. hihihi..

Semester 2 dah berakhir, banyak kenangan masam manis yang terakam dalam memori.. 2x pergi Langkawi dalam setahun dan lebih tepat dalam masa sebulan.. Mula2 FAM Trip dengan 12 orang lagi rakan kelas, lepastuhh trip besar dengan family DUP2 dan lecturer serta family lecturer pula menyusul.. Belum termasuk first trip DUP2 ke Tasik Chini, kenangan camping dan hiking bersama Kelab Kembara.. Banyak lagi cerita kalau nak dihuraikan satu per satu memang dah boleh buat buku cerita, kompemmm tebal sebab banyak bab.. hehehe.. Okaylah, pada entri yang lain Hana akan bercerita beberapa hal lain yang ingin dikongsikan tapi tertangguh penceritaannya sebab dah lama Hana x update blog.. Lepas nii, Hana akan update blog sekerap mungkin.. Semasa cuti semester nii lahh peluang untuk Hana update blog dengan kerap sebab bila dah naik sem baru dah busy banyak assignment blog akan kembali bersawang.. huhu.. Abisss air liur dah Hana membebel untuk entri 'Coretan ceritera semester 2 di Polytechnic' dan terima kasih kpd yg sudi berkunjung, selamat membaca :)

01 Mei 2012

YesssZzzAaaa Last Payyyperrr :D


Assalamualaikum && Olla kpd semua pengunjung yang sudi berkunjung ke dua-dua blog Hana.. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kerana kalian sudi menjenguk blog yang biasa-biasa nii.. Untuk entri pd kali nii, Hana update dengan mood yang sangat-sangat teruja tetapi rasa berdebar juga kerana Hana ingin bercerita tentang last paper untuk final exam semester 2..!! YesssZzzAaaa Last Payyyperrr, itulah tajuk entri Hana untuk update kali nii.. Teruja kan bunyinya!! Hahahahaha..... Mana tak teruja kalau tinggal last paper ataupun kertas terakhir je untuk final exam bg satu semester tuhh kan kan.. Mestilahh mereka yang bergelar student akan teruja tahap dewa dewi.. Hehehe(sengihh je).. Last paper untuk final sem 2 nii adalah paper subjek Travel Agency Operation dengan kod number bg subjek ialah HT308.. Pn.Su merupakan lecturer bg subjek Travel Agency nii.. Semasa sem 1, Pn.Su mengajar Hana dan rakan2 subjek Professional Development in Tourism & Hospitality.. Paper Travel Agency nii pada hari Khamis pukul 8.30 pagi sampai pukul 10.30 pagi.. Selepastuhhh, jeng jeng jeng.. Ape lagi, ramai2 lah jerit MERDEKA3x..... Hahahahaha... Merdeka daripada final exam tetapi belum merdeka sepenuhnya selagi belum graduate dan menggenggam segulung Diploma dengan first honor.. Lepas tamat final exam untuk sem nii, cuti panjang selama 9 minggu ataupun 2 bulan pun bermula.. Jadi sepanjang cuti memang nak rehat puas2 balas dendam selepas mengharungi musim ataupun semester yang begitu sibuk dan memenatkan.. I guess, for the next and next semester my schedule will be more and more pack!! Huhuhu.. Adatlah kan dah namapun student IPT..... Tak mengapa, orang kata bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.. Dalam pd teruja update entri pasal last payyyperrr, tak dinafikan yang Hana merasa sangat gementar untuk menduduki kertas terakhir bagi peperiksaan akhir semester nii.. Sangat mendebarkan, mencuakkan sangat-sangatlahh.. Huhuhu.. Walaupun markah Penilaian Berterusan (PB) Hana boleh dikatakan baik tetapi Hana masih merasa belum cukup selamat lagi.. Hana perlu melakukan yang terbaik semasa menjawab exam nanti supaya markah PB yang baik ditambahkan dengan markah final yang baik akan menghasilkan keputusan yang terbaikk dan membanggakan.. Insya'Allah, Aminnn.. Semoga segala urusan dipermudahkan olehNya.. Okayyy lahh, cukup setakat nii dulu update Hana untuk kali nii.. Berjumpa lagi pada entri2 yang bakal menyusul kelak.. Terima kasih kerana sudi berkunjung, selamat membaca dan enjoyyy~:D

#Doakan semoga Farhana Zainuddin berjaya dalam peperiksaan akhir semester 2 yaa! Thanxx~:)

30 April 2012

My short update in English version :)


Assalamualaikum && Hello to all followers and readers for both my blogs..

For this short entry, I would like to update it in English so that I can practice using the English language better.. That's why title of this entry is 'My short update in English Version'~:)

If before I can't but now I can control myself for not being too emotionally, I may seen the things from positive sight and I can think rationally that something happens have an own reasons..:')

If before I'm trying to let it go but a part of my heart don't want to let it go..but now whole-hearted of mine said that you must let it go and just live your life happily..:')

If you see someone that you loved being happy although you not the reason of it, you must share the same feeling.. Just happy for him or her and pray the best for them..:')

I'm remind myself for not being too selfish until it can ruin the friendship..:')

From deep of my heart, truly I'm sorry~~:')

For this entry, actually it's what I had decide.. I don't know how to describe what I'm feel when I made this decision but what I can tell is, I'm happy and I can smile for the decision that I had made.. I don't want to talk much.. What I know, I had decide it and nothings to regret for.. I let this feeling go and what I want is, live my life happily.. Although I only can be his friend but that's what I really want.. Being friend with someone that I loved.. FRIENDSHIP just enough for me, I don't want to expect or hope too much because I don't want to be frustrated.. Now, its time for me to pursue my ambition and make sure my dreams come true and the true love will come at right time when I'm ready for it..

Okayyy, just until here my short update in English version.. If had broken at anything, please forgive because that's my first time update the entry with full use of English language.. Just for practice it to make perfect.. See you soon in another entry.. Enjoy reading yeahhhhh,, thank youuu for visit mine~:)

21 April 2012

FAM Trip Langkawi AWESOME Bersama Mereka!!!~~:D




&& Hyeee kpd semua pengunjung setia dan followers blog Gadish Manes.. Entri pada kali nii berkaitan dengan pengalaman si Gadish Manes pergi trip bersama classmates terhebadd ke Pulau Langkawi Kedah pada 1 March yang lepas sampai 4 March.. Sebenarnya dah lama Hana nak update entri tentang trip nii tp belum berkesempatan sampai detik dan saat nii Hana meluangkan sedikit masa dalam sibuk mengulangkaji pelajaran untuk mengupdate entri pasal trip nii.. Trip nii we called as FAM Trip ataupun nama panjangnya Familiarization Trip.. Sebenarnya FAM Trip nii istilah dalam tourism industry.. Bermaksud kita experience dulu tempat tuh sebelum buat trip yg sebenar-benarnya.. Dalam erti kata lain, selalunya pihak travel agent sebelum buat pakej pelancongan untuk ke sesuatu destinasi mereka akan pergi terlebih dahulu ke destinasi tersebut untuk experience sendiri.. Bila sendiri dah experience baru boleh buat pakej tentang destinasi tu dan bawa orang lain a.k.a tourist ke destinasi tersebut.. Jadi seperti juga diriku dan 12 orang lagi rakan sekelasku, kami perlu pergi ke Langkawi untuk experience terlebih dahulu.. Tak cukup sekadar buat research di internet, sebab mini projek bg subjek Travel Agency Operation iaitu Tour Package Design kami perlu reka satu pakej pelancongan ke Langkawi untuk 3hari 2malam dan kami juga ada praktikal test subjek Tourist Guiding Techniques yg juga akan dilakukan di Langkawi.. Oleh sebab tuhh, kami telah mengadakan FAM Trip ke Langkawi kerana kami perlukan lebih informasi dan ingin merasai pengalaman serta cabaran di sana.. Nama pun student tourism, jadi berjalan jelahh kejenye tp kami bukan setakat pergi berjalan semata-mata tetapi kami berjalan untuk menimba pengalaman.. Terlalu banyak pengalaman berharga yang kami perolehi semasa melakukan FAM Trip nii malah tidak dapat digambarkan dengan kata2 tentang keterujaan dan kegembiraan kami semasa berada di Langkawi.. We have fun and on the same time we have learn!!! Kami seronok dan pada masa yang sama kami belajar sesuatu yang baru..!!! Bila bercakap tentang pengalaman yang dilalui sebelum, semasa dan selepas FAM Trip, terlalu banyak yang Hana hendak ceritakan tetapi bila difikirkan kembali ia terlalu panjang untuk sebuah entri jadi Hana merasakan cukup sekadar mengatakan kami telah melalui saat-saat manis seperti manisnya rasa gula melaka dan ada ketikanya melalui saat masam tetapi rasa masamnya tak lama sepanjang proses menjayakan FAM Trip dan kami memperolehi sebuah pengalaman yang sangat berharga nilainya..!! Sesungguhnya kenangan FAM Trip tidak akan luput daripada ingatan dan Hana akan selalu mengenangnya sebagai antara memori terindah dalam hidup Hana, kerana untuk kali pertama Hana pergi trip jauh sampai ke Langkawi tetapi kali nii bukan bersama keluarga seperti selalu tetapi bersama kawan-kawan tersayang!!!

Jom terjahhhhh gambar2 Hana bersama rakan2nya dengan mood keterujaan MAKSIMA semasa FAM Trip Langkawi!!!~~:DD



Menunggu boarding time dekat Airport Hentian Pudu



Muka-muka teruja nak pergi Langkawi sempat snap pix sambil menunggu makanan sampai.. Location# Food Court Hentian Pudu..



Muhammad Izzuddin ----> Pengarah Program a.k.a projek leader a.k.a ketua angkatann kumpulan penyamunn rombongan kami ke Langkawi.. Hehehe :P



LANGKAWI,,, here we come♥ ♥ ♥!!!~~:DD



Snap pix together semasa baru sampai di Langkawi.. Muka masing2 sangat penat tapi mood teruja tak dapat disembunyikan!

Saya tiada dalam gambar kerana sayalah tukang ambik gambarnyee~heee



Our Mr.driver, Zafran Sharizal yg sentiasa cool & ensem konon.. hehehe



Din tgh mencuba sup gamat, "apakahh sedap rasa sup tuhh dinn?? ada macam sup ayam takk rasanya??"

ehhhhh,, baru perasann cik Nona ada terselit sekali dalam gambar nii.. huhuhu~~



Selepas hiking Telaga Tujuh.. Masing2 muka kepenatan tp sempat lg berikan pose..

FAM Trip Langkawi nii menjadi pengalaman first time aku merasai cabaran hiking Telaga Tujuh.. Sebab selama nii sepanjang pergi Langkawi, aku hanya mampu memandang keindahan Telaga Tujuh dari dalam cable car saja.. Pergi Langkawi dah banyak kali, tp yg nii first time sampai ke Telaga Tujuh dan berjaya hiking! Jadi nampak keterujaannya di situ!!!



Menunggu giliran untuk naik cable car, masing2 teruja tak terkata!!!



One of my FAV attraction at Langkawi, Cable Car.. Tp time pegi nii, berkabus jd nk amik gmbar pemandangan byk2 dekat pelantar tak dapat..















We had a fantastic moment at Kilim Geoforest Langkawi!!! Bolehh nampakkk kan keterujaan kami mencapai tahap MAKSIMA!!!



Okayyy,, nii kapal yg digunakan dalam filem meletoppp adaptasi novel ke filem iaitu 'Ombak Rindu'~~:D





Okayyy,, gambar2 mereka dalam Van Kia Pregio yang dipandu oleh Mr.Pilot Zafran..hehehe


Bergambar dalam feri semasa nak balik.. LANGKAWI, we will come again one month after..



Sempat bergambar di Jeti Kuala Perlis, walaupun masing2 kepenatan tp kegembiraan mengatasi segalanya!!~~:D



Macam2 kerenah yang mencuit hati~~haha

#FAM Trip Langkawi AWESOME Bersama Mereka,, begitulahh tajuk entri pada kali nii... Banyakkk kan gambar2 semasa FAM Trip yang Hana upload.. Kalau ikutkan lagi banyak sebenarnya, tp cukuplahh apa yg ada nii je itupun dah banyak.. Sesungguhnya, Hana sangat merindui kenangan dan saat2 FAM Trip bersama rakan-rakan DUP2 yg terhebadd!! Kenangan itu menjadi antara kenangan terindah dalam hidup Hana yg tak akan pernah luput dari ingatan..!!!

Tahniahhh kpd Pengarah program dan Penolongnya ---> Muhammad Izzuddin & Nur Hafiezah Nadhirah kerana telah menjadi ketua yang bertanggungjawab sepanjang program serta berjaya melaksanakan tugas dengan sebaiknya!!~~:)

Cukup setakat nii update Hana untuk kali ini.. Terima kasih kerana sudi berkunjung, enjoy reading..!!!~:D ♥ ♥ ♥

20 April 2012

Untitled..

Assalamualaikum && Olla kpd semua pengunjung dan pengikut setia belog Gadish Manes.. Untuk entri kali nii 'Untitled' sebab tak ada topik spesifik yg mahu dibicarakan.. Hana minta maaf sangat2 kpd pengunjung & followers blog yg lama menunggu update terkini blog Hana.. Sebabnya Hana dah lama x update blog kerana terlalu busy dengan assignment2 tak kira individu atau group punye, presentation subjek, mini2 projek subjek mahupun praktikal test subjek tourist guiding.. Jadi kerana sebab2 seperti yang Hana nyatakan tadilah blog nii lama dah x diupdate.. Bersawang sekejap blog Hana dan update kali nii bagi tujuan pembersihan blog yg mulai bersawang.. Hana nak beritahu yang Hana bakal berjuang bermati-matian di medan perang.. Bukan perang dunia ke-3 tetapi perang peperiksaan akhir bagi semester 2.. Bg hari pertama final exam pada 23haribulan nii bersamaan dengan hari Isnin, Hana akan bertempur di medan perang utk subjek Marketing dan Tourist Behaviour diikuti pertempuran pada 24haribulan untuk subjek Principle Tourism Management dan peperangan terakhir pada 3 haribulan 5 untuk subjek Travel Agency Operation.. Selepastuhh, Hana akan start cuti sem selama 9 minggu ataupun 2 bulan.. Lama tuhhh dapat cuti, jadi time cuti sem nanti Hana nak rehat puas2 sebelum kembali semula ke teratak ilmu Politeknik Muadzam Shah Pahang bagi meneruskan perjuangan dan pengembaraan Hana dalam usaha untuk mendapatkan segulung Diploma dalam jurusan Tourism Management untuk semester ke-3.. Hurmmmmm, cuak sebenarnya nii bila mengenangkan final exam sebab subjek2 semester 2 nii boleh tahan tough tapi Hana harus percaya pada diri yang Hana mampu melakukan yang terbaik dalam final exam kali nii..!!! Semoga segalanya dipermudahkan dan harap2 result Hana untuk sem 2 nii lebih gempakkk dari sem lepas..!! Insya'Allah,, aminnnnn..... Cukup sampai di sini dulu update Hana untuk kali nii, kita jumpa lagi pd entri yg akan dtg.. Selamat membaca dan terima kasih kerana berkunjung~~:)