14 Mei 2012

Coretan ceritera semester 2 di Polytechnic..


Assalamualaikum && Sawadeekap kpd semua pengikut @ pembaca @ pengunjung setia kedua-dua blog Hana.. Sorry sorry sorry pegi naik lori bla bla bla... Hahahah.. Truly I'm sorry, Hana betul2 minta maaf kerana dah lama jugakk lahh tak update blog2 kesayangan nii.. "Alaa Farhana, cam x biasa pulakk kan biar blog bersawang x update ape2 story!".. Huhu, I'm sorry again.. Kali nii Hana nak update blog sampai jejari yang x berapa nak runcing nii lenguh nak menaip.. Hehe..

Okayyy, dah x mau lengah2 lagii sekarang nii Hana nak update pasal ceritera Hana masa semester 2 di Polytechnic.. Oh semm, tak sangka begitu cepat masa berlalu kan kan.. Dah semester 2 Hana kat Polytechnic.. Rasa macam baru semalam je Hana bergelar siswi di Institut Pengajian Tinggi bukan budak sekolah lagi.. Tup tup, semester 2 dahh pun tamatt.. Selepas last payyyperrr pada 3hb 5 hari tuhh, berakhirlah ceritera Hana di semester 2 sebelum cuti sem bermula.. Terlalu banyak kenangan manis dan saat2 suka dirakam semasa semester 2 bersama roommate iaitu Nisa, Zula, Ayu budak IT network juga jiran sebelah bilik semasa sem 2 a.k.a mama, Hanis budak mekanikal automasi a.k.a papa serta rakan2 @ family @ team DUP2 yang sentiasa dekat dihati.. Saat2 masin masam juga tak terkecuali tetapi namapun kehidupan kan so normal lah tuhh.. Orang kata, masam manis kehidupan.. Sebelum munculnya pelangi, Allah menurunkan hujan.. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya mentari dan Allah menghadirkan sinaran 7 warna pelangi yang begitu indah sekali.. Dahh dahhh kalau Farhana Zainuddin mula bermadahh panjang berjela lahh jawabnye entri nii.. hehehe :P

Semester 2 syiokkk tapi sangat memenatkan sehingga ada masa menekan perasaan tetapi biasalah adat belajar dan bergelar pelajar kan.. Kesibukkan dan kesuntukkan masa tak dapat dielakkan.. Penat jangan cakaplahh.. Tapi nak berjaya kan, jadi tempuhilah segala dugaan dan cabaran dengan hati yang CEKAL dan SABAR.. Jangan sesekali berputus asa dan yang paling penting SEMANGAT dalam diri.. Setakat kena marah, kena tegur dengan lecturer tuhh biasalah.. Lecturer atau sesiapa yang lebih tua dari kita dan jauh berpengalaman terlebih dulu makan garam daripada kita.. Jadi kalau mereka ada tegur untuk betulkan mana2 yg salah, usahlah ambil hati mahupun marah2.. Kerana mereka ingin kita jadi seorang yang berjaya dan kita sendiri perlu berusaha untuk mencapai kejayaan itu.. Hana pun selalu juga kena marah kena tegur baik masa sem 1 mahupun sem 2.. Yelahh kita buat salah kan.. Nak ambil hati lama2 pun tak perlu rasanya sebab mereka yang menyampaikan ilmu jadi kita kena hormat.. Anggap saja itu satu dugaan dan cabaran yang memberi kita pengalaman dan mematangkan kita.. Kalau dengan kawan2 setakat berselisih faham atau berbeza pendapat biasalah sebab sedangkan lidah lagi tergigit.. Ketidaksamaan itu yang akan membuat kita saling memahami antara kawan2.. Nak merajuk lama2 pun buat apa sebab kita akan selalu berjumpa, jadi anggaplah itu semua masam manis dalam persahabatan.. Buang yang keruh dan ambil yang jernih..

Kalau cerita bab assignment pulak jangan cakap pasal penat lah kan kan.. Busyy memanjang buat assignment sampai tak sempay nak layan novel.. Jarang2 layan movie sekali-sekala tgk balik movie Lagenda Budak Setan dan time sehari sebelum menduduki paper akhir final exam sem 2 sempat jugak lahh layan full movie Indon 'Setan Facebook' dengan Keyda, Lynn, Nad dan Nona dibilik Nad yang juga bilik Nona.. Tapi dalam sibuk2 tuhh sempat juga berpesbuk dan update status sebab pesbuk ringkas x perlu nak update panjang2 kalau blog kang kena bercerita nak ada mood, ada feel sebab tuhh kadang2 je update blog.. Lagipun kotmitmen terhadap assignment yg melambak menyebabkan blog jarang berusik kerana saya sibuk mengalahkan pak menteri.. hihihi..

Semester 2 dah berakhir, banyak kenangan masam manis yang terakam dalam memori.. 2x pergi Langkawi dalam setahun dan lebih tepat dalam masa sebulan.. Mula2 FAM Trip dengan 12 orang lagi rakan kelas, lepastuhh trip besar dengan family DUP2 dan lecturer serta family lecturer pula menyusul.. Belum termasuk first trip DUP2 ke Tasik Chini, kenangan camping dan hiking bersama Kelab Kembara.. Banyak lagi cerita kalau nak dihuraikan satu per satu memang dah boleh buat buku cerita, kompemmm tebal sebab banyak bab.. hehehe.. Okaylah, pada entri yang lain Hana akan bercerita beberapa hal lain yang ingin dikongsikan tapi tertangguh penceritaannya sebab dah lama Hana x update blog.. Lepas nii, Hana akan update blog sekerap mungkin.. Semasa cuti semester nii lahh peluang untuk Hana update blog dengan kerap sebab bila dah naik sem baru dah busy banyak assignment blog akan kembali bersawang.. huhu.. Abisss air liur dah Hana membebel untuk entri 'Coretan ceritera semester 2 di Polytechnic' dan terima kasih kpd yg sudi berkunjung, selamat membaca :)

Tiada ulasan: