26 Jun 2012

Langkawi memberi kenangan :)

Assalamualaikum & Howlaaa kpd semua pengunjung serta pembaca kedua-dua blog Farhana Zainuddin... Untuk update kali nii, Hana nak cerita tentang trip ke Langkawi.. Hari tuhh Hana ada post entri pasal FAM trip bersama classmates Hana lg dua belas orang ke Langkawi.. Sekarang nak cerita tentang trip kedua Hana ke Langkawi bersama semua rakan kelas dan lecturers serta family salah seorg lecturer. Tujuan atau matlamat paling utama we all ada trip ke Langkawi adalah untuk menjalani praktikal test guiding yg kedua kalinya dan sambil menyelam minum air.. Faham2 jelahh, di mana pada masa yg sama we all nak have fun there sebelum menduduki final exam.. Praktikal test we all yg pertama dkt Tasik Chini dimana kami pergi ke sana untuk day trip.. Hana pun ada post entri tentang trip ke Tasik Chini tuhh..

Okayyy, tadi baru mukadimahnya dan kini pula masa nak berkongsi cerita tentang pengalaman dan kenangan semasa trip ke Langkawi untuk kedua kalinya dalam tahun nii dan lebih tepat dalam masa sebulan selepas FAM trip.. Ini bermaksud Hana dah ke Langkawi sebanyak 2x dalam tempoh sebulan.. Selalunya setahun atau dua tahun sekali Hana ke Langkawi bersama family.. Yelahh Hana dan duabelas orang lg rakan kelas ke Langkawi utk FAM trip pd awal bulan March.. Trip kedua yang melibatkan seluruh kelas dan lecturers nii pulak pada awal bulan April.. Jd tak ke sebulan jaraknya... Hana sertai FAM trip pun kerana Hana jd ketua kumpulan bg travel agency group Hana.. Setiap ketua kumpulan travel agency bersama seorang lagi wakil kumpulan serta tiga orang jawatankuasa tertinggi iaitu pengarah program bersama penolong dan setiausaha program menyertainya... FAM trip nii kira research awal kitaorang untuk tempat yang kitaorang nak pergi dan buat guiding masa trip sebenar nanti...

Memang Hana sangat teruja untuk trip yang kedua nii walaupun ada rasa berdebar kerana ada tugasan yang menanti setiap daripada kami apabila jejaknya kaki ke Pulau Langkawi.. Seronok sebab dapat berjalan jauh dengan rakan sekelas.. That's my first time pergi trip jauh dengan rakan sekelas yang boleh dikatakan kami semua rapat bagaikan sebuah keluarga.. Okayyy, Hana ringkaskan entri nii buat dalam bentuk point aje.. Sebab kalau terus menaip berperenggan macam nii alamatnyaa panjang lagi lahhh nak abis... Huhuhu

# Afianna, Bamboo Bee, Flourish, DM Tours dan Aurora adalah lima travel agency dimana setiap travel agency nii akan guiding dekat tempat tertentu berdasarkan lima elemen utk sesebuah tempat tourism iaitu mountain, shopping, man-made, historical site dan park..

# Group Hana ialah Afianna Travel Agency dimana Hana sebagai ketua bersama ahli kumpulan yang SUPER AWESOME iaitu Nad, Abi, Imam dan Firas.. Kami memilih elemen mountain dan kami guiding di Langkawi Cable Car yang merupakan salah satu FAV spot Hana apabila melawat Langkawi..

# Malam terakhir kami di Langkawi, Hana diumumkan sebagai best student untuk subjek HT310 Tourist Guiding Techniques.. Atas persembahan dan prestasi yg cemerlang, rakan sekumpulan Hana iaitu Nad dan Firas pula diumumkan sebagai role play terbaik kira macam award artis harapan kalau dalam majlis anugerah hiburan kategori perempuan dan lelaki..

# Rasa terharu sangat atas penganugerahan tersebut kerana Hana sama sekali tidak menjangkakannya.. Hana bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Hana tidak meletakkan sebarang harapan utk dapat best student bg subjek guiding nii.. Terima kasih kepada pensyarah subjek iaitu Madam Mas Rehan..

# We really really had GREAT MOMENTS at Langkawi!!! Langkawi sememangnya memberi kenangan pada kami :)

# Sebagai penutup entri pada kali nii, Hana turut sertakan beberapa gambar kenangan kami ketika trip kedua Langkawi :DD



Teruja kerana dapat pergi langkawi naik bas baru poly, hehehe ;D


Bersama lecturers, Miss Shima & My PA iaitu Miss Tan :)


MEREKA style :D






Giliran group Afianna Travel Agency untuk guiding di Langkawi Cable Car :)





Kami di Kilim Geoforest Park..:D


Sebelum balik, kami sempat singgah di Dataran Lang untuk bergambar.. wink2 ^_^


Inilah hadiah atau tanda kenangan daripada Madam Mas untuk Hana kerana dipilih sebagai best student untuk subjek Tourist Guiding Techniques..:)


nota kaki : Terima kasih semua kerana sudi singgah ke blog Farhana Zainuddin ;)

Tiada ulasan: