20 Jun 2012

:')




&& Howlaaa kpd semua pengunjung, pembaca dan followers kedua-dua blog Hana.. Untuk entri kali nii, Hana nak cerita tentang.. Tentang ape erk?? Kalau nak tahu kena terus layannn entri niii.. Hihihi... Kali nii Hana buat smiley face untuk tajuk entri, lain daripada yang lain.. Asyik letak tajuk je setiap kali entri, kali nii buat kelainan dengan letak smiley face jadi followers dan pembaca2 kalau nak tahu entri nii pasal apa kena terus baca lahhh.. Hehehe ~ :D

Pada entri yang lepas dan lepas, Hana ada cerita pasal tarikh 21hb Mei yang dinantikan dengan penuh debaran dan juga cerita pasal AKJ.. Cerita tentang tarikh 21hb Mei yang mendebarkan adalah kerana tarikh tersebut result final exam sesi Dis 2011 untuk semua pelajar Polytechnic seluruh Malaysia akan diketahui manakala AKJ pula merupakan singkatan bagi Anugerah Ketua Jabatan dan bukannya anugerah ketua jenayah.. Harap maklong, hehehe.. Kedua-dua entri tersebut ada kaitan dengan entri kali nii.. Apa kaitannya?? Kena layannn teruslah entri nii..hihihi.. Okayy, sebelum tuhhh sorry sangat2 sebab lama tak update blog dan entri sambungan bagi dua entri sebelum nii tergendala.. Bukan disengajakan tetapi line internet dekat area rumah Hana nii sangattt lah laju..huhuhu.. Sebab tu tak dapat nak update dengan kerap, kalau ikutkan mana ada busy sebab cuti sem nii just lepak dok kat rumah je.. Paling tak pun pegi berjalan dengan family.. No part-time job sebab nak rehat puas2 cuti sem nii selepas mengharungi sem yg memenatkan.. Okaylahh terus ke pokok utama cerita, dimana Hana rasa bersyukur sangat dan gembira kerana telah memperolehi result yg baik dalam final exam sem 2.. Meningkat daripada result sem lepas dan melepasi border line untuk AKJ.. Alhamdullilah, setelah mengharungi macam2 cabaran sepanjang semester 2 keputusan yang diperolehi telah menebus segala rasa dan menghilangkan segala penat lelah yang dilalui.. Bersyukur sangat2 dan gembira tak terkata!! Belum sempat sampai tarikh keramat 21hb Mei, tak silap Hana  lagi dua tiga hari sebelum tarikh tersebut Hana telah ketahui result Hana.. Itupun setelah dimaklumkan oleh sahabat Hana iaitu Munirah.. Dia call bagitahu result Hana, bila Hana dengar macam tak percaya apatah lagi hari tuh baru berapa hari bulan lepastuh Ira suruh check sendiri bagi percaya..hehehe.. Bila dah dapat link dan buka check sendiri.....hanya DIA yang tahu segala rasa yang tak mampu nak diungkap dengan kata2.. Diri ini berasa sangat terharu dan terlalu gembira serta bersyukur tidak terhingga untuk perkhabaran gembira ini.. Terima kasih Allah untuk anugerah ini, hambaMu yang biasa ini sangat mensyukuri nikmat pemberianMu.. Dah tahu result dan dah tengok kesahihannya dengan mata sendiri, terus Hana call mak dan akak yang pada ketika itu berada di Miri Sarawak untuk diberitahu berita gembira tersebut.. Tahniah juga buat sahabat saya Munirah serta rakan2 sekelas Hana semua kerana telah mencatatkan peningkatan dalam keputusan final exam bagi sem 2.. Semoga untuk sem-sem yg akan datang, kita semua terus mencapai peningkatan dan akhir sekali graduate dengan keputusan cemerlang yang akan membuatkan semua lecturer, seluruh family dan kawan2 serta diri kita sendiri berasa bangga.. Insya'Allah, aminnn.. Tahniah juga buat kawan baik Hana iaitu Nuzula kerana akhirnya telah berjaya mencapai AKJ setelah berhempas pulas dan berusaha dengan gigih sepanjang semester 2.. Bila usaha lebih kita akan dapat lebih, tetapi jika dah usaha lebih masih blum dapat spt apa yg kita ingin atau harapkan jangan sesekali berputus asa dan berasa kecewa.. Mungkin belum rezeki lagi, tetapi apa yang penting terus usaha dgn gigih dan lebih fokus pd study serta jgn lupa berdoa padaNya kerana Insya'Allah rezeki itu pasti ada wlaupun bkn skrg.. Selalu berfikiran positif okayy.. Sampai sini saja update Hana untuk kali nii dan terjawab sudahh apakah penceritaan disebalik entri yang hanya diletakkan smiley face nii dan sambungan daripada dua entri sebelum nii.. Al-kisahnya ia mengenai result final exam semester 2 cik Farhana Zainuddin.. Terima kasih kerana sudi membaca entri yg panjang lebar ini :)

Tiada ulasan: