Assalamualaikum && Olla to all readers and my beloved followers..
Maaf sangat2 sebab dah agak lama tak update blog kan.. 2 minggu sebelum starting cuti mid-sem, Hana agak busy dengan tugas2 sbg seorg student tourism..
Dengan assignment, presentation, mini projek blum masuk bab revision lg utk kuiz n test serta preparation 4 final exam.. Memang tersangatt busy dan jadual begitu padat mengalahkan PM.. Cewahhhhh , hehe :P
Pd 17hb yg lalu (jumaat) sampai 19hb, Hana dengan team kembara pergi camping ke Air Terjun Berkelah Maran Phg.. Camping tuh sbg salah stu aktiviti Kelab Kembara bg sbjek AR201..
AR201 adalah sbjek kokorikulum bg plaja politeknik.. Jika sem 1 kitaorang ada poli bridget , sem 2 pula ada kelab.. Macam2 kelab spt Keusahawanan, Ragbi, Olahraga, English Language Society dan Hana terpilih utk Kelab Kembara..
Sesuai dengan status sebagai student tourism, Hana memang minat dengan aktiviti kembara walaupun lasak..
Rasa seronok dapat buat aktiviti yang kita suka walaupun agak terbatas dengan kemampuan tp yang penting kita enjoy dan have fun ! heee ~ :D
Sebelum balik seremban untuk cuti mid-sem, Hana pergi camping utk 3hari 2mlm dan pengalaman semasa camping memang best walaupun sangat memenatkan dan perlu berhadapan dengan macam2 cabaran..
Tp kerjasama yg baik antara team kembara, menyebabkan semuanya berjalan lancar walaupun cuaca pada ketika itu tidak menyebelahi kami.. Tp syukur alhamdullilah, spt yg dirancang aktiviti hiking dan jungle trekking utk sampai ke puncak Air Terjun Berkelah berjalan lancar..
Atas keizinan Allah s.w.t serta seperti memahami, cuaca sangat baik semasa kami mendaki ke puncak air terjun sehinggalah kami turun semula ke tapak perkhemahan.. Syukur padaMu Ya Allah..
Tergelincir, terjatuh memang tak dapat nak elak sebab dah nama pun aktiviti kembara kan.. Jadi kenalah tahan lasak.. Hana pun tak terkecuali drpd melalui pengalaman tergelincir semasa hiking..
Walaupun satu badan terasa lenguh dengan lebam2 serta calar balar tp rasa puas kerana dapat mencabar diri untuk hiking sehingga sampai ke puncak Air Terjun Berkelah.. Bila fikir balik rasa macam tak percaya pun ade.. Hehehe
Bukan satu perkara yang mudah kerana laluannya agak sukar dan mendebarkan tp kerana semangat serta keyakinan yg ada dalam diri menyebabkan rasa takut itu bagaikan sirna..
Pengalaman naik lori juga tidak dapat dilupakan.. Seronok berhimpit ramai2 naik lori sekali pandang dah macam PATI dengan jalan nye yg mak aiiiii memang mengucap tp satu pengalaman yg x akan dilupakan sampai bila2..
Bercerita tentang lokasi camping, memang bestt dan terbaikk.. Tempat dia, sangat cantek okayy!! Betapa indah ciptaan Yang Maha Esa memang menggagumkan setiap mata yang memandang.. TERPUKAU , TERPESONA.. Dua perkataan yg tepat untuk menggambarkan rasa..
Air Terjun Berkelah Maran Phg (kolam ke-7)
p/s :: pengalaman berharga yg x akan pernah kulupa ..
2 ulasan:
camping! camping! hehe da lama tak p camping aaahhh syok! :D
Amyra Azhar : hahaha, tau x pe.. camping memang syokk , 1 pengalaman yg manis dan berharga utk dikenang ! hehe ^^
Tq 4 leave ur comment ;)
Catat Ulasan