06 Julai 2012

Viva Espana :DD ♥ ♥ ♥

Skuad La Roja telah mempertahankan kejuaraan Eropah yang dimenangi pada tahun 2008.. Kini pada edisi 2012 mereka sekali lagi menjadi juara setelah menewaskan skuad Azzurri iaitu Italy pd final Euro dengan jaringan 4-0 . Viva Espana :DD ♥ ♥ ♥


Pasukan Sepanyol a.k.a La Roja




Skuad Sepanyol meraikan kejuaraan bergelar juara Eropah 2012 :D



Jom story pasal Euro 2012..

Howlaaa pembaca, pengunjung dan followers kedua-dua blog Farhana Zainuddin.. Update kali nii mengenai Euro 2012.. Okayyy, Hana tahu Euro 2012 dah melabuhkan tirainya dan demam kura-kura yang disebabkan oleh musim Euro pun dah mulai kebah.. Pasukan mana yg bergelar juara pun telah diketahui jd mungkin ada yang beranggapan entri kali nii lapuk sebab benda dah lepas tp Hana tetap nak story gak..hehe.. Okayyy tak payah story panjang2 sebab euro dah berakhir jd Hana ringkaskan sajalah entri kali nii kpd bentuk point..

♥ Poland-Ukraine menjadi tuan rumah Euro 2012..

♥ Skuad Sepanyol a.k.a La Roja telah menjuarai final Euro 2012 dengan menumbangkan skuad Azzurri ataupun Italy dengan jaringan 4-0 .

♥ Sebelum itu, pasukan Italy melakukan kejutan keatas pasukan Jerman yang lebih menjadi pilihan untuk mara ke final Euro pd Semi final Euro yang kedua dengan keputusan 2-1 .

♥ David Silva, Jordi Alba, Fernando Torres & Juan Mata adalah penjaring gol untuk Espana pada game final..

♥  Sepanyol mengamalkan corak permainan menarik yang dipanggil 'tiki taka'

♥  Fernando Torres memenangi Kasut Emas pada Euro 2012 dengan jaringan 3 gol dan menjadi satu-satunya pemain yang telah berjaya menjaringkan gol pada final Euro..

♥  Andres Iniesta telah dinobatkan sebagai pemain terbaik Euro 2012..

♥  Iker Casillas telah menjadi wira Espana kerana tidak membenarkan gawang Sepanyol bolos selepas seri menentang Italy pd perlawanan pembukaan Euro 2012 bg kumpulan C..

♥  Antara resipi kejayaan skuad Sepanyol adalah bermain sebagai satu pasukan dengan semangat setia kawan dan sikap merendah diri setiap pemain..

♥ Sepanyol merupakan team FAVORITE Hana sejak Worldcup 2010 lg dan sampai sekarang Hana masih lg penyokong setia skuad La Roja..;D

♥  Kejayaan skuad Sepanyol menjadikan Hana senyum sampai ke telinga :D

Viva Espana :DD  ♥  ♥  ♥

# Time Sepanyol menang worldcup dulu Hana pun ada update kat dua2 blog pasal diaorang.. Yelahhh team favorite katakan.. Hana sokong Sepanyol kerana pasukan ini mengamalkan corak permainan yang sangat menarik, menunjukkan kerjasama pasukan yg sangat tinggi dan kerana pasukan ini juga memiliki para pemain yg boleh bermain di setiap posisi dengan baik sekaligus telah menobatkan skuad La Roja sebagai sebuah pasukan yg hebat.. Selepas itu barulahh Hana terpesona pd paras rupa pemain2 Sepanyol yg tak dinafikan sememangnya kacak dan comel.. Apa yg paling utama bukan wajah pemain yg kacak semata-mata tetapi kerana skill mereka yang hebat.. hahaXD

26 Jun 2012

Langkawi memberi kenangan :)

Assalamualaikum & Howlaaa kpd semua pengunjung serta pembaca kedua-dua blog Farhana Zainuddin... Untuk update kali nii, Hana nak cerita tentang trip ke Langkawi.. Hari tuhh Hana ada post entri pasal FAM trip bersama classmates Hana lg dua belas orang ke Langkawi.. Sekarang nak cerita tentang trip kedua Hana ke Langkawi bersama semua rakan kelas dan lecturers serta family salah seorg lecturer. Tujuan atau matlamat paling utama we all ada trip ke Langkawi adalah untuk menjalani praktikal test guiding yg kedua kalinya dan sambil menyelam minum air.. Faham2 jelahh, di mana pada masa yg sama we all nak have fun there sebelum menduduki final exam.. Praktikal test we all yg pertama dkt Tasik Chini dimana kami pergi ke sana untuk day trip.. Hana pun ada post entri tentang trip ke Tasik Chini tuhh..

Okayyy, tadi baru mukadimahnya dan kini pula masa nak berkongsi cerita tentang pengalaman dan kenangan semasa trip ke Langkawi untuk kedua kalinya dalam tahun nii dan lebih tepat dalam masa sebulan selepas FAM trip.. Ini bermaksud Hana dah ke Langkawi sebanyak 2x dalam tempoh sebulan.. Selalunya setahun atau dua tahun sekali Hana ke Langkawi bersama family.. Yelahh Hana dan duabelas orang lg rakan kelas ke Langkawi utk FAM trip pd awal bulan March.. Trip kedua yang melibatkan seluruh kelas dan lecturers nii pulak pada awal bulan April.. Jd tak ke sebulan jaraknya... Hana sertai FAM trip pun kerana Hana jd ketua kumpulan bg travel agency group Hana.. Setiap ketua kumpulan travel agency bersama seorang lagi wakil kumpulan serta tiga orang jawatankuasa tertinggi iaitu pengarah program bersama penolong dan setiausaha program menyertainya... FAM trip nii kira research awal kitaorang untuk tempat yang kitaorang nak pergi dan buat guiding masa trip sebenar nanti...

Memang Hana sangat teruja untuk trip yang kedua nii walaupun ada rasa berdebar kerana ada tugasan yang menanti setiap daripada kami apabila jejaknya kaki ke Pulau Langkawi.. Seronok sebab dapat berjalan jauh dengan rakan sekelas.. That's my first time pergi trip jauh dengan rakan sekelas yang boleh dikatakan kami semua rapat bagaikan sebuah keluarga.. Okayyy, Hana ringkaskan entri nii buat dalam bentuk point aje.. Sebab kalau terus menaip berperenggan macam nii alamatnyaa panjang lagi lahhh nak abis... Huhuhu

# Afianna, Bamboo Bee, Flourish, DM Tours dan Aurora adalah lima travel agency dimana setiap travel agency nii akan guiding dekat tempat tertentu berdasarkan lima elemen utk sesebuah tempat tourism iaitu mountain, shopping, man-made, historical site dan park..

# Group Hana ialah Afianna Travel Agency dimana Hana sebagai ketua bersama ahli kumpulan yang SUPER AWESOME iaitu Nad, Abi, Imam dan Firas.. Kami memilih elemen mountain dan kami guiding di Langkawi Cable Car yang merupakan salah satu FAV spot Hana apabila melawat Langkawi..

# Malam terakhir kami di Langkawi, Hana diumumkan sebagai best student untuk subjek HT310 Tourist Guiding Techniques.. Atas persembahan dan prestasi yg cemerlang, rakan sekumpulan Hana iaitu Nad dan Firas pula diumumkan sebagai role play terbaik kira macam award artis harapan kalau dalam majlis anugerah hiburan kategori perempuan dan lelaki..

# Rasa terharu sangat atas penganugerahan tersebut kerana Hana sama sekali tidak menjangkakannya.. Hana bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Hana tidak meletakkan sebarang harapan utk dapat best student bg subjek guiding nii.. Terima kasih kepada pensyarah subjek iaitu Madam Mas Rehan..

# We really really had GREAT MOMENTS at Langkawi!!! Langkawi sememangnya memberi kenangan pada kami :)

# Sebagai penutup entri pada kali nii, Hana turut sertakan beberapa gambar kenangan kami ketika trip kedua Langkawi :DD



Teruja kerana dapat pergi langkawi naik bas baru poly, hehehe ;D


Bersama lecturers, Miss Shima & My PA iaitu Miss Tan :)


MEREKA style :D






Giliran group Afianna Travel Agency untuk guiding di Langkawi Cable Car :)





Kami di Kilim Geoforest Park..:D


Sebelum balik, kami sempat singgah di Dataran Lang untuk bergambar.. wink2 ^_^


Inilah hadiah atau tanda kenangan daripada Madam Mas untuk Hana kerana dipilih sebagai best student untuk subjek Tourist Guiding Techniques..:)


nota kaki : Terima kasih semua kerana sudi singgah ke blog Farhana Zainuddin ;)

20 Jun 2012

:')




&& Howlaaa kpd semua pengunjung, pembaca dan followers kedua-dua blog Hana.. Untuk entri kali nii, Hana nak cerita tentang.. Tentang ape erk?? Kalau nak tahu kena terus layannn entri niii.. Hihihi... Kali nii Hana buat smiley face untuk tajuk entri, lain daripada yang lain.. Asyik letak tajuk je setiap kali entri, kali nii buat kelainan dengan letak smiley face jadi followers dan pembaca2 kalau nak tahu entri nii pasal apa kena terus baca lahhh.. Hehehe ~ :D

Pada entri yang lepas dan lepas, Hana ada cerita pasal tarikh 21hb Mei yang dinantikan dengan penuh debaran dan juga cerita pasal AKJ.. Cerita tentang tarikh 21hb Mei yang mendebarkan adalah kerana tarikh tersebut result final exam sesi Dis 2011 untuk semua pelajar Polytechnic seluruh Malaysia akan diketahui manakala AKJ pula merupakan singkatan bagi Anugerah Ketua Jabatan dan bukannya anugerah ketua jenayah.. Harap maklong, hehehe.. Kedua-dua entri tersebut ada kaitan dengan entri kali nii.. Apa kaitannya?? Kena layannn teruslah entri nii..hihihi.. Okayy, sebelum tuhhh sorry sangat2 sebab lama tak update blog dan entri sambungan bagi dua entri sebelum nii tergendala.. Bukan disengajakan tetapi line internet dekat area rumah Hana nii sangattt lah laju..huhuhu.. Sebab tu tak dapat nak update dengan kerap, kalau ikutkan mana ada busy sebab cuti sem nii just lepak dok kat rumah je.. Paling tak pun pegi berjalan dengan family.. No part-time job sebab nak rehat puas2 cuti sem nii selepas mengharungi sem yg memenatkan.. Okaylahh terus ke pokok utama cerita, dimana Hana rasa bersyukur sangat dan gembira kerana telah memperolehi result yg baik dalam final exam sem 2.. Meningkat daripada result sem lepas dan melepasi border line untuk AKJ.. Alhamdullilah, setelah mengharungi macam2 cabaran sepanjang semester 2 keputusan yang diperolehi telah menebus segala rasa dan menghilangkan segala penat lelah yang dilalui.. Bersyukur sangat2 dan gembira tak terkata!! Belum sempat sampai tarikh keramat 21hb Mei, tak silap Hana  lagi dua tiga hari sebelum tarikh tersebut Hana telah ketahui result Hana.. Itupun setelah dimaklumkan oleh sahabat Hana iaitu Munirah.. Dia call bagitahu result Hana, bila Hana dengar macam tak percaya apatah lagi hari tuh baru berapa hari bulan lepastuh Ira suruh check sendiri bagi percaya..hehehe.. Bila dah dapat link dan buka check sendiri.....hanya DIA yang tahu segala rasa yang tak mampu nak diungkap dengan kata2.. Diri ini berasa sangat terharu dan terlalu gembira serta bersyukur tidak terhingga untuk perkhabaran gembira ini.. Terima kasih Allah untuk anugerah ini, hambaMu yang biasa ini sangat mensyukuri nikmat pemberianMu.. Dah tahu result dan dah tengok kesahihannya dengan mata sendiri, terus Hana call mak dan akak yang pada ketika itu berada di Miri Sarawak untuk diberitahu berita gembira tersebut.. Tahniah juga buat sahabat saya Munirah serta rakan2 sekelas Hana semua kerana telah mencatatkan peningkatan dalam keputusan final exam bagi sem 2.. Semoga untuk sem-sem yg akan datang, kita semua terus mencapai peningkatan dan akhir sekali graduate dengan keputusan cemerlang yang akan membuatkan semua lecturer, seluruh family dan kawan2 serta diri kita sendiri berasa bangga.. Insya'Allah, aminnn.. Tahniah juga buat kawan baik Hana iaitu Nuzula kerana akhirnya telah berjaya mencapai AKJ setelah berhempas pulas dan berusaha dengan gigih sepanjang semester 2.. Bila usaha lebih kita akan dapat lebih, tetapi jika dah usaha lebih masih blum dapat spt apa yg kita ingin atau harapkan jangan sesekali berputus asa dan berasa kecewa.. Mungkin belum rezeki lagi, tetapi apa yang penting terus usaha dgn gigih dan lebih fokus pd study serta jgn lupa berdoa padaNya kerana Insya'Allah rezeki itu pasti ada wlaupun bkn skrg.. Selalu berfikiran positif okayy.. Sampai sini saja update Hana untuk kali nii dan terjawab sudahh apakah penceritaan disebalik entri yang hanya diletakkan smiley face nii dan sambungan daripada dua entri sebelum nii.. Al-kisahnya ia mengenai result final exam semester 2 cik Farhana Zainuddin.. Terima kasih kerana sudi membaca entri yg panjang lebar ini :)

01 Jun 2012

Howlaaa Junn :D


Howlaaa Junn :D

 May ALLAH s.w.t give us His Barakah and Rahmat on this month :)

26 Mei 2012

AKJ? Apa tuhh??


Assalamualaikum & Howla kpd semua pengunjung, pembaca dan followers blog Gadish Manes n Puansri.. Untuk entri pada kali nii, tuan punya blog nak pot pet pot pet pasal AKJ.. AKJ? Apa tuhh?? Kalau nak tahu, terus layannn entri ni yee.. Heeee :)

AKJ stand for Anugerah Ketua Jabatan bukannya anugerah ketua jenayah iaitu satu anugerah bagi para pelajar Polytechnic seluruh Malaysia yang mencatat keputusan cemerlang dalam final exam iaitu mendapat pointer 3.5 and above.. Kira sama macam anugerah Dekan dekat universiti-universiti tuhhh.. Kalau budak2 U bangga dengan DL ataupun dekan list manakala budak Poly pulak berbangga dengan AKJ.. Jika kita usaha lebih kita akan dapat lebih.. Tak semestinya jika tak dapat dekan atau AKJ pada satu semester tuhh tak powerr tapi belum ada rezeki lagi.. Mungkin rezeki itu ada pada semester yang lain kerana setiap pelajar U atau Poly masing2 mempunyai peluang untuk dapat dekan dan juga AKJ.. Usaha individu itu sendiri yang akan menentukan dan sudah tentulah soal rezeki kerana jika dah usaha lebih tapi belum ada rezeki untuk dapat pada masa tu jadi tak akan dapatlah.. Tetapi Insya'Allah akan ada rezeki kemudian nanti cuma perlu terus berusaha dan dalam masa yang sama jangan lupa berdoa serta tawakal.. Dan yang paling penting, jangan pernah berhenti mencuba serta jangan sesekali berputus asa.. Insya'Allah siapa tahu suatu hari nanti akan berpeluang untuk dapat dekan dan AKJ ni seperti pelajar2 lain.. Jika dah dapat, berusaha untuk terus tingkatkan prestasi supaya dapat maintainkan status DL dan AKJ...

Okayyylah, setakat ini saja update untuk entri kali nii dan nantikan sambungannya pada entri yang akan datang.. Apakah itu?? Kenalah tungguuuuu..... Terima kasih kerana sudi singgah dekat blog yg tak seberapa nii dan sudi membaca setiap entri di blog ini.. See yaaa pd entri seterusnya :D

21 Mei 2012

21hb tarikh yang dinantikan dengan penuh debaran..


Assalamualaikum && Howla kpd semua pengunjung, pembaca dan followers blog2 Farhana Zainuddin.. Untuk entri kali nii, Hana nak cakap pasal tarikh hari ini.. Tarikh hari nii ialah 21hb Mei, dan apakah peristiwa yang berlaku pada tarikh 21hb Mei nii serta kaitannya dengan entri blog Hana pada kali nii..??? Hihihihi.. Bagi yang mengetahui rahsia disebalik tarikh 21 Mei nii tahulah tapi bagi yang tak tahu pasti akan bertanya-tanya.. Tarikh hari ini merupakan tarikh yang dinantikan dengan penuh debaran.. Kenapakah?? Mengapakah?? Berdebar kalah orang menanti detik untuk diijab kabulkan.. Hehehe.. Sebenarnya, 21hb Mei adalah tarikh yang dinantikan dengan penuh debaran oleh semua pelajar Politeknik seluruh Malaysia kerana result final exam sesi Disember 2011 bakal diketahuii.. Jadi tuhhh yang berdebar macam orang nak bernikah tuhh.. Hahah.. Hana dah tahu result yang Hana dapat dan berapakahh result Hana akan dikongsikan dalam entri yang akan datang.. Apa yang Hana boleh cakap di sini, Hana bersyukur sangat untuk result yang Hana perolehi pada semester ini dan result Hana telah buat Hana tersenyum sampai ke telinga serta telah menghilangkan terus segala rasa penat dan lelah yang Hana tanggung sepanjang semester ini.. Syukur alhamdullilah :)



Okayyy, kepada semua student Polytechnic seluruh Malaysia good luck utk result masing2.. Tak kira berapa pun result yg kita dapat, bersyukur dengan apa yang kita perolehi.. Jika baik syukur alhamdullilah tetapi jangan terus berpuas hati kerana perjuangan masih sebelum selesai selagi belum graduate dan menggenggam segulung diploma.. Jadi teruskan usaha supaya pada sem-sem akan datang result anda terus cemerlang.. Jika sederhana pula, jangan sesekali berputus asa dan terus lipat gandakan usaha kerana anda masih berpeluang untuk memperolehi result yang cemerlang pada sem-sem akan datang.. Okayyy, cukup sampai di sini entri Hana pada kali nii.. Untuk result final Hana, next entri baru Hana ngomong berapa.. Kalau bulan bisa ngomong.. Tibe2 pulakk.. Hehe.. Jumpa lagi pada entri Hana yang seterus dan seterusnya.. Buhbye ~ :)