07 September 2011

Pengurus Lantai a.k.a Floor Manager..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kpd semua pengunjung, pembaca dan pengikut belog milik cik mek molek Farhana Zainuddin iaitu belog gadish manes... Wah wah,, cik Farhana sempat lagi 'masuk bakul angkat sendiri' ye... Hehehe,, sekali sekala ape salah nye tak dop ? Kkay lah, dah lama Hana tak update blog kerana kesuntukan waktu semenjak bergelar pelajar Politeknik Muadzam Shah (PMS) di negeri Pahang Darul Makmur... Sangatlah makmur,, owh yee makmur juga sejenis kuih raye kan kan...

Gadish manes nak update sesuatu merujuk kpd tajuk entri kali ini iaitu 'Pengurus Lantai a.k.a Floor Manager'... Tak mau loyar buruk kerana Hana pon tak punya byk masa, hanya ambil kesempatan utk update blog yg mulai bersawang ini...

Pengurus lantai,, floor manager,, floor manager,, pengurus lantai... Apa kebenda alah nyee tuhh??? Hana jadi manager bab mengemop-mop lantai ke kat kamsis PMS??? Dah2,, sempat lagi nak loyar buruk kata tadi tak nak... Okay2,, sebenarnya pd 13/09/2011 bersamaan dgn selasa minggu dpn juga merupakan hari raya yg ke-15, Hana dan classmates akan menyertai day trip ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary Park dkt Temerloh Phg yg merupakan tempat peliharaan gajah... Wow cam best je!!

Memang best kerana ia berkaitan dgn eco-tourism dan lawatan ini dibawah subjek Tourism & Hospitality Professional Development(pn.sue) Ini adalah salah satu aktiviti dlm program diploma kitaorg,, bestnye jadi budak tourism sebab asyik berjalan je!! Hahahah :DD

Berbalik pada alkisah pengurus lantai tadi, sebenarnya masa nak pilih commitee utk program nii Hana angkat tangan bukan kaki utk jadi floor manager... Yg penting secara sukarela okay, bukan paksarela.. Huhuhu... Floor manager merupakan ketua yg bertanggungjawab untuk mengurus dan memastikan kelancaran sesuatu program.. Bersama Hana menjadi pengurus lantai ialah 2 org lagi rakan sekelas iaitu Nil Amirah a.k.a Mia Ciput dan Ika... Harapan, semoga program ini dapat dilaksanakan dgn jayanya dan semua org bagi kerjasama yg terbaikk..

Bagi makan gajah, mandi dgn gajah, bermanja dgn gajah, bersuka ria bersama gajah, semuanya tentang gajah ---> We will enjoy the moment MY FRIENDS ~ ♥ :)

Tiada ulasan: