04 Februari 2011

hai2 bye2..

Dah 4 hari Januari mengucapkan 'bye2' manakala Februari berkata 'hai2'.. pembaca sekalian, korang ingat lagi tak dgn lagu ezlynn 'hai2 bye' yg fames gile dulu, fames sampai kini dan akan terus fames sampai bila2.. mula terasa resah bagai ada yg berubah, mungkin ku lewat atau kau pun dah beralih arah...lalalalala*mood; teringat sepupu aku 'zetty' menang karaoke tmpt pertama nyanyi lagu ni masa hari keluarga rukun tetangga sikamat.. time tuh, tak salah aku standard 5.. cerita zaman tok kaduk.. aku time tuh bawa lagu 'wajah rahsia hati' nyanyian Ogy dan sekadar berpuas hati di tempat ke2.. tak pelah, okay what naib juara!

Okay, berbalik pada cerita sekarang dah bulan Februari.. Byk peristiwa berlaku time bulan Januari iaitu pada awalnya rakyat Malaysia masih segar dengan kemenangan pasukan bola negara dalam Piala AFF Suzuki.. Tetapi, Malaysia juga dikejutkan dengan pemergian pelakon hebat 'Arwah Faizal Yusuf' iaitu ex-husband Siti Nordiana @ Nana.. Terkejut tapi itulah peristiwa yg berlaku pada tahun baru 2011.. Kesian kak Nana kerana baru saja kehilangan arwah achik yg merupakan pasangan duet dan sahabat baiknya, kini terpaksa terima berita kehilangan lelaki yg merupakan ayah pada anak tunggalnya. Walaupun jodoh tak panjang tapi kenangan tu pasti ada.. Semoga kak Nana diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.. Kesian rayyan kerana telah kehilangan ayahnya pada usia yang masih kecil lagi.. Dimana kanak2 masih tak tahu untuk mentafsir erti kehilangan..

Kesian juga kak Nira (isteri arwah) yang kini sedang mengandung.. Lebih berat mata memandang, lebih berat lagi bahu yang memikul.. Arwah Faizal pergi menyahut panggilan Ilahi, 10 hari sebelum 1st anniversary perkhawinannya yg kedua.. Sungguh berat duggan untuk kak Nira, semoga ALLAH memberi kekuatan kpd kak Nira utk melalui ujian yg maha hebat ini.. Sesungguhnya, sukar untuk kita terima kehilangan seseorang yang kita sayang yang kita cintai dengan sepenuh hati tapi kita tak boleh lupa yang kita tak pernah memiliki seseorang itu secara mutlak sebaliknya ia hanya pinjaman drpd ALLAH kpd kita buat sementara waktu.. Apabila sampai masa, Dia berhak mengambilnya kembali..

Tanggal 1 Januari juga, aku starting kerja sebagai promoter pakaian lelaki jenama Blue Tom's dekat The Store Pacific.. Sambil tunggu result, tak ada apa nak buat daripada duduk rumah mengangkang membuta lebih baik bekerja dapat juga duit poket dan yg penting pengalaman.. Basic gaji boleh tahan.. Semuanya okay.. Penat, jgn ckplah dah namapun keje kan.. 2 minggu pertama keje, memang sakit2 badan terutama bahagian tapak kaki.. Tapi, sekarang dah tak ada hal lah tuh semua.. Cewaahh belagak pulak si gigi arnab nii... Hehehe ;p

Nota kaki; Update blog punye pasal, sekali tengok jam dah pukul 3 pagi lebih.. Mentang2 mak dan akak balik kg cuti, aku bergonjeng depan pc sampai tak hengat dunia... hehehe ;p

Tiada ulasan: