Cepat nyeeeee bulan Februari berlalu wehhh !!! Terasa macam baru semalam diari kehidupanku dibulan Februari dibuka dan pada hari ini Februari itu sudahpun melabuhkan tirainya .. Banyak perkara yang telah berlaku pada diri aku dan keluarga sepanjang bulan Februari yang lepas .. Antara peristiwa itu ialah, arwah Pak Ngah aku kembali kepada penciptanya di atas sana selepas 2 hari koma kerana pembedahan pintasan jantung .. Semoga roh arwah dirahmati dan ditempatkan dalam golongan mereka yang beriman .. Al-fatihah ... Selain itu, akak kesayangan aku sudah berusia 28tahun pada 7 Februari lepas .. Happy birthday again sister,, semoga cepat bertemu dengan jodoh yang terbaik !! InsyaAllah .. Majlis persaraan cikgu Geografi aku time form2 iaitu Puan Saripah Daim juga diadakan pada bulan Februari .. Memang meriah & best gila majlis yang diadakan bagi meraikan Cikgu Saripah yang telah mengajar di STAD selama 30tahun tuh .. Siap ada dance show 'Jai Ho' from Slumdog Millionaire punye movie yang dipersembahkan oleh pelajar perempuan 5 Melawar iaitu Sharan, Kiran, Luvania, Bella, Farah dan Kimah .. Walaupun terdapat kontroversi mengenai tarian 'Jai Ho' tetapi ia tidak menjejaskan kelancaran majlis persaraan itu dan ia suatu kenangan yang tidak boleh dilupakan .. Pada penghujung bulan Februari, family aku telah pergi makan angin ke Cameron Highland bersama Kak Zai serta ahli keluarganya yang lain .. Percutian kali ini benar-benar menjadi suatu kenangan terindah buat family aku kerana kitaorang sangat seronok sepanjang berada di sana .. Shopping gila2, melawat tempat-tempat yang menarik dan bergambar sakan antara aktiviti yang dilakukan semasa di Cameron .. Star Regency Hotel & Apartments menjadi lokasi penginapan kami ketika holiday di sana .. Kedudukan hotel tersebut sangat strategik kerana berhadapan dengan lokasi pasar malam dan tempat shopping yang lain .. Pendek kata, setiap masa yang terluang akan dihabiskan dengan membeli belah sayur-sayuran, buah strawberi, baju2, bunga-bungaan serta cenderamata untuk diberikan kepada rakan2 apabila kembali ke Seremban .. Breakfast nasi goreng di kafe hotel tersebut juga sangat lazat sehingga menjilat jari (macam kfc daa..) .. Pengalaman menaiki bas sekolah untuk ke Ladang Teh Boh Sungai Palas juga sangat menarik dan tidak mungkin dapat dilupakan .. Ketika perjalanan pulang, kami singgah di Tea Center Cameron Valley untuk minum petang & mengambil kesempatan bergambar sepuas mungkin dengan pelbagai aksi yang mengalahkan supermodel, hehe (: .. Suka atau tidak, bulan Februari tahun ini sudah berakhir jadi aku terpaksa mengucapkan 'good bye Februari 2010' .. Segala kenangan akan terpahat kukuh dalam memori buat selamanya .. Kini Mac pula mengambil tempat dengan 1001 harapan supaya segala impian menjadi kenyataan !!! InsyaAllah, amin .. Peace & Love- Farhana Zainuddin ;)
p/s :: Tidak dilupakan, perlantikan pengawas pss jugak diadakan pada bulan Februari .. Bermula sudah tugas aku sebagai pustakawan secara rasminya .. Kesibukan aku mengalahkan PM Malaysia taw !! Hehe ;) .. Istimewanya entri pada kali ini, Hana turut memuatkan beberapa keping gambar kenangan ketika bercuti di Cameron Highlands untuk tatapan para pengunjung sekalian ..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan