06 Julai 2012

Viva Espana :DD ♥ ♥ ♥

Skuad La Roja telah mempertahankan kejuaraan Eropah yang dimenangi pada tahun 2008.. Kini pada edisi 2012 mereka sekali lagi menjadi juara setelah menewaskan skuad Azzurri iaitu Italy pd final Euro dengan jaringan 4-0 . Viva Espana :DD ♥ ♥ ♥


Pasukan Sepanyol a.k.a La Roja




Skuad Sepanyol meraikan kejuaraan bergelar juara Eropah 2012 :D



Jom story pasal Euro 2012..

Howlaaa pembaca, pengunjung dan followers kedua-dua blog Farhana Zainuddin.. Update kali nii mengenai Euro 2012.. Okayyy, Hana tahu Euro 2012 dah melabuhkan tirainya dan demam kura-kura yang disebabkan oleh musim Euro pun dah mulai kebah.. Pasukan mana yg bergelar juara pun telah diketahui jd mungkin ada yang beranggapan entri kali nii lapuk sebab benda dah lepas tp Hana tetap nak story gak..hehe.. Okayyy tak payah story panjang2 sebab euro dah berakhir jd Hana ringkaskan sajalah entri kali nii kpd bentuk point..

♥ Poland-Ukraine menjadi tuan rumah Euro 2012..

♥ Skuad Sepanyol a.k.a La Roja telah menjuarai final Euro 2012 dengan menumbangkan skuad Azzurri ataupun Italy dengan jaringan 4-0 .

♥ Sebelum itu, pasukan Italy melakukan kejutan keatas pasukan Jerman yang lebih menjadi pilihan untuk mara ke final Euro pd Semi final Euro yang kedua dengan keputusan 2-1 .

♥ David Silva, Jordi Alba, Fernando Torres & Juan Mata adalah penjaring gol untuk Espana pada game final..

♥  Sepanyol mengamalkan corak permainan menarik yang dipanggil 'tiki taka'

♥  Fernando Torres memenangi Kasut Emas pada Euro 2012 dengan jaringan 3 gol dan menjadi satu-satunya pemain yang telah berjaya menjaringkan gol pada final Euro..

♥  Andres Iniesta telah dinobatkan sebagai pemain terbaik Euro 2012..

♥  Iker Casillas telah menjadi wira Espana kerana tidak membenarkan gawang Sepanyol bolos selepas seri menentang Italy pd perlawanan pembukaan Euro 2012 bg kumpulan C..

♥  Antara resipi kejayaan skuad Sepanyol adalah bermain sebagai satu pasukan dengan semangat setia kawan dan sikap merendah diri setiap pemain..

♥ Sepanyol merupakan team FAVORITE Hana sejak Worldcup 2010 lg dan sampai sekarang Hana masih lg penyokong setia skuad La Roja..;D

♥  Kejayaan skuad Sepanyol menjadikan Hana senyum sampai ke telinga :D

Viva Espana :DD  ♥  ♥  ♥

# Time Sepanyol menang worldcup dulu Hana pun ada update kat dua2 blog pasal diaorang.. Yelahhh team favorite katakan.. Hana sokong Sepanyol kerana pasukan ini mengamalkan corak permainan yang sangat menarik, menunjukkan kerjasama pasukan yg sangat tinggi dan kerana pasukan ini juga memiliki para pemain yg boleh bermain di setiap posisi dengan baik sekaligus telah menobatkan skuad La Roja sebagai sebuah pasukan yg hebat.. Selepas itu barulahh Hana terpesona pd paras rupa pemain2 Sepanyol yg tak dinafikan sememangnya kacak dan comel.. Apa yg paling utama bukan wajah pemain yg kacak semata-mata tetapi kerana skill mereka yang hebat.. hahaXD